Faktor Permintaan Terhadap Minyak Sawit Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia

Demand Factors For Palm Oil Among Consumers In Malaysia

  • Fithriyaani Zainal
  • Er Ah Choy
Keywords: faktor permintaan, minyak sawit, pengguna, demografi, tingkah laku, harga

Abstract

Industri minyak sawit pada abad ke-21 masih menjadi pilihan pengguna dan kekal relevan walaupun pelbagai jenis produk sayuran lain seperti minyak kacang soya telah mendominasi pilihan pengguna. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tentang sejauhmana faktor yang mempengaruhi permintaan minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia berdasarkan perspektif teori tingkah laku pengguna. Sejumlah 381 orang pengguna terlibat dan menjawab soal selidik dalam kajian ini menggunakan ‘Google Form’ secara atas talian. Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif dan jadual bersilang menggunakan Statistical Package SPSS 26.0. Faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi permintaan minyak sawit termasuklah mutu dan kualiti, jenama, mesra alam, berkhasiat, botol yang menarik, pembungkusan yang baik, tradisi keluarga, kepelbagaian penggunaan, harga murah dan berpatutan. Dapatan menunjukkan demografi pengguna yang majoritinya pengguna perempuan yang berusia 18 hingga 30 tahun yang berasal dari Malaysia mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesemua faktor terutamanya faktor harga yang murah dan berpatutan. Konklusinya, kajian ini dapat memperlihatkan corak penggunaan serta faktor yang mempengaruhi permintaan minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia. Implikasi dapatan ini dibincangkan dalam kerangka perspektif kajian tingkah laku pengguna yang dapat menjelaskan pelbagai faktor seperti harga, mesra alam, jenama dan sebagainya mampu mempengaruhi tingkahlaku pembelian pengguna terhadap minyak sawit.

Kata Kunci: Faktor permintaan, minyak sawit, pengguna, demografi, tingkah laku, harga

 

ABSTRACT

The palm oil industry in the 21st century is still a consumer choice and remains relevant even though various other types of vegetable products such as soybean oil have dominated consumer choice. This study was conducted to identify the extent to which factors influence the demand for palm oil among consumers in Malaysia based on the theoretical perspective of consumer behavior. A total of 381 respondents were involved and answered the question in this study byusing ‘Google Form’ online. The data obtained were analyzed by descriptive statistics and cross-tabulation using Statistical Package SPSS 26.0. Factors that have been identified to influence the demand for palm oil include quality and quality, brand, environmentally friendly, nutritious, attractive bottles, good packaging, family traditions, variety of uses, cheap and affordable prices. The findings show that the consumer demographic, the majority of which are female consumers aged 18 to 30 years old from Malaysia, has a significant relationship with all factors, especially the factor of cheap and affordable prices. In conclusion, this study can show the patterns of consumption and factors that influence the demand for palm oil among consumers in Malaysia. The implications of these findings are discussed in the framework of the perspective of consumer behavior studies that can explain various factors such as price, environmental friendliness, brand and so on can influence consumer purchasing behavior of palm oil.

Keywords: Demand factor, palm oil, consumer, demographics, behavior, price

Published
2022-07-12
How to Cite
Zainal, F., & Ah Choy, E. (2022, July 12). Faktor Permintaan Terhadap Minyak Sawit Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 6(3), 1-23. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/479