Pandangan Terhadap Fahaman Politik Kepartian Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Views on Understanding of Partisan In The Bukit Besi State Constituency, Dungun, Terengganu

  • Wan Noor Intan Sofea Wan Abdul Hadi
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: Politik kepartian, parti politik, pengundi, pilihan politik, fahaman

Abstract

Politik kepartian berlaku di Malaysia dengan kewujudan pelbagai parti politik yang mewarnai kehidupan masyarakat. Pemahaman berbeza mengenai matlamat dan ideologi biasanya membabitkan parti pemerintah dan pembangkang. Politik perpaduan penting bagi proses pembinaan negara dilakukan dengan lebih baik tanpa sebarang gangguan sosial. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis fahaman politik kepartian dalam kalangan pengundi di kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati 80 peratus mengetahui maksud fahaman politik kepartian. Responden mengetahui tentang fahaman politik kepartian memandangkan mereka mempunyai pengetahuan politik yang mendalam dan mempunyai kesedaran bahawa fahaman setiap parti mendatangkan banyak kebaikan terutamanya dalam pemilihan parti yang betul-betul layak ketika pilihan raya. Seterusnya,78 peratus responden berpendapat bahawa fahaman politik kepartian adalah penting dan harus ada dalam diri seseorang manakala 22 peratus lagi responden menyatakan sebaliknya. Responden bersetuju kerana bagi mereka fahaman politik kepartian adalah penting dalam membantu serta menentukan pilihan mereka dalam pilihan raya. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.

Kata kunci: Politik kepartian, parti politik, pengundi, pilihan politik, fahaman

 

ABSTRACT

Partisan in Malaysia with the existence of various political parties that color the life of society. Different understandings of goals and ideologies usually involve the ruling and opposition parties. The politics of unity is important for the nation-building process to be done better without any social disruption. Therefore, the purpose of writing this article is to analyze understanding of partisan among voters in the Bukit Besi state constituency, Dungun, Terengganu. This study uses field data collection methods involving questionnaires, interviews and field observations. Data analysis techniques were used using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 18.0. The results of the study found that 80 percent knew the meaning of party politics. Respondents know about the political ideology of the party as they have in-depth political knowledge and have the awareness that the ideology of each party brings many benefits especially in the selection of a truly deserving party during the election. Next, 78 percent of respondents think that party politics is important and should be present in a person while another 22 percent of respondents stated otherwise. Respondents agreed because for them, party politics is important in helping and determining their choices in elections. In conclusion, this study is important because it can increase knowledge, add data related to electoral political studies and is expected be a reference for political parties and the government to examine issues and problems that occur to be more aware in meeting the needs of the community.

Keywords: Partisan, political parties, voters, political choice, understanding

 

Published
2022-07-14
How to Cite
Wan Abdul Hadi, W. N. I. S., & Awang Besar, J. (2022, July 14). Pandangan Terhadap Fahaman Politik Kepartian Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 6(1), 1-15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/482