Pandangan Terhadap Isu Semasa Di Kawasan DUN Bukit Permai, Kulai, Johor

Views on Current Issues In The Area of State Legislative Assembly of Bukit Permai, Kulai, Johor

  • Miza Farhanah Bilal
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: Isu, pemulihan ekonomi, infrastruktur, kerajaan, kos hidup

Abstract

Isu semasa merupakan faktor penting yang perlu dijadikan bahan kempen oleh parti politik untuk mendapat sokongan pengundi dalam sesuatu pilihan raya. Pilihan raya merupakan elemen penting dalam menentukan tahap demokrasi sesebuah negara terutama bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia. Oleh itu, adalah menjadi objektif penulisan artikel ini untuk menganalisis pandangan terhadap isu semasa di kawasan DUN Bukit Permai, Kulai, Johor. Kajian ini telah menggunakan beberapa kaedah seperti secara primer, sekunder dan penganalisisan data. Bagi kaedah primer, kajian ini akan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada soalan tertutup untuk memudahkan proses menganalisis data menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Kajian ini juga akan menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan serta menyokong maklumat tambahan supaya dapat menyokong dapatan kajian. Kajian kepustakaan dan kajian internet digunakan untuk mendapatkan bahan rujukan di perpustakaan dan internet iaitu dari segi maklumat berkaitan dengan tajuk. Hasil kajian mendapati terdapat lima isu yang selalu dibincangkan oleh penduduk setempat di kawasan kajian adalah isu pemulihan ekonomi/harga barang/inflasi/kos sara hidup, isu masalah sosial, peluang pekerjaan, pendidikan dan isu pembangunan setempat. Antara perkara yang dimahukan daripada kerajaan di kawasan kajian adalah berkenaan infrastruktur dan kemudahan. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan moratorium pinjaman bank dapat membantu meringankan beban kos hidup golongan berpendapatan rendah dan pertengahan. Sebagai kesimpulan, kajian ini adalah penting untuk menambah ilmu pengetahuan, menambah data dan sumber rujukan berkaitan kajian politik pilihan raya dan dapat menjadi rujukan untuk parti politik dan kerajaan supaya dapat memimpin negara dengan lebih baik.

Kata kunci: Isu, pemulihan ekonomi, infrastruktur, kerajaan, kos hidup

 

ABSTRACT

Current issues are important factors that need to be used as campaign material by political parties to gain the support of voters in an election. Elections are an important element in determining the level of democracy of a country, especially for countries that practice a democratic system such as Malaysia. Therefore, it is the objective of writing this article to analyze the views on current issues in the Bukit Permai state constituency, Kulai, Johor. This study has used several methods such as primary, secondary and data analysis. For the primary method, this study will use a questionnaire consisting of closed-ended questions to facilitate the process of analyzing data using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software. This study will also use observational methods to obtain and support additional information in order to support the findings of the study. Library research and internet research are used to obtain reference materials in libraries and the internet in terms of information related to the topic. The results of the study found that there are five issues that are often discussed by local residents in the study area are issues of economic recovery/price of goods/inflation/cost of living, issues of social problems, employment opportunities, education and local development issues. Among the things that are wanted from the government in the study area are infrastructure and facilities. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) and the moratorium on bank loans can help ease the cost of living burden of low and middle income groups. In conclusion, this study is important to add knowledge, add data and reference sources related to the study of electoral politics and can be a reference for political parties and governments in order to lead the country better.

Keywords: Issues, economic recovery, infrastructure, government, cost of living

 

Published
2022-07-14
How to Cite
Bilal, M. F., & Awang Besar, J. (2022, July 14). Pandangan Terhadap Isu Semasa Di Kawasan DUN Bukit Permai, Kulai, Johor. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/483