Penggunaan Bahasa Slanga dalam Akaun Twitter “Brgsjks”

The Use of Slang Language in “Brgsjks” Twitter

  • Noor Fazerra Paijin
  • Nuratikah Ja’afar
  • Nur Farahkhanna Mohd Rusli
Keywords: Bahasa Slanga, pengguna, Twitter, media sosial, bahasa Melayu

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pengikut akaun Twitter “brgsjks” menghuraikan kesan penggunaan bahasa tersebut. Kajian ini berbentuk analisis kandungan dengan menggunakan akaun Twitter “brgsjks” bagi tujuan pengumpulan data kajian. Data kajian dianalisis secara kualitatif deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan antara bahasa slanga yang digunakan di akaun Twitter “brgsjks” ialah meh, pi, sis, bro, cibai dan sebagainya. Bahasa slanga ini mempunyai makna yang tersendiri dan hanya difahami oleh kelompok pengguna dalam media sosial tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan penggunaan bahasa slanga memberikan kesan seperti pewujudan kosa kata baru, mengancam martabat bahasa Melayu dan menimbulkan kekeliruan berbahasa khususnya dalam kalangan generasi muda. Dari segi implikasi, kajian ini dapat mengetengahkan kesedaran kepada pengguna tentang penggunaan bahasa slanga yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan penutur, selain memberikan pendedahan tentang kepentingan memelihara dan memartabatkan bahasa Melayu.

Kata kunci: Bahasa slanga, pengguna, Twitter, media sosial, bahasa Melayu

 

ABSTRACT

The aim of this study is to explain the use of slang among the followers of the Twitter account "brgsjks" to describe the effects of the use of the language. This study has used content analysis and Twitter account by "brgsjks" is used to collect the data in the study. The study was analyzed through qualitative descriptive. The result shows that among the slang languages used in Twitter account “brgsjks” are meh, pi, sis, bro, cibai and so on. These slang languages had their own meaning and only understood by a group of users in the social media. The study also shows that the use of slang has effects such as the creation of new vocabulary, threatens the dignity of the Malay language and causes language confusion especially among the younger generation. In terms of implications, this study highlights the awareness to users about the use of slang language that is gaining attention among speakers, in addition to provide exposure to the importance of preserving and dignifying the Malay language.

Keywords: Slang, user, Twitter, social media, Malay language

 

 

 

Published
2022-07-19
How to Cite
Paijin, N. F., Ja’afar, N., & Mohd Rusli, N. F. (2022, July 19). Penggunaan Bahasa Slanga dalam Akaun Twitter “Brgsjks”. Jurnal Wacana Sarjana, 6(3), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/484