Kajian Terhadap Mahasiswa B40 di Universiti Kebangsaan Malaysia: Tahap Tekanan dan Pengaruhnya Terhadap Prestasi Akademik

A study of B40 Students at Universiti Kebangsaan Malaysia: Their Level of Stress and Its Influence on the Academic Performance

  • Nurain Abdul Rahhim
  • Nor Jana Saim
Keywords: tekanan, mahasiswa B40, prestasi akademik, pelajar kurang berkemampuan

Abstract

ABSTRAK

Tekanan merupakan fitrah lazim yang boleh berlaku kepada setiap manusia, termasuklah mahasiswa universiti. Tekanan yang tidak dikawal dengan baik boleh mempengaruhi keseimbangan dalam kehidupan seseorang mahasiswa, termasuklah prestasi akademik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap tekanan, faktor dan pengaruhnya terhadap prestasi akademik dalam kalangan mahasiswa B40 di UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk tinjauan secara kuantitatif. Seramai 302 orang mahasiswa B40 yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan ujian regresi linear pelbagai. Analisis deskriptif kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menunjukkan tahap tekanan yang sederhana (67.2 peratus). Selain itu, ujian regresi pula mendapati bahawa aspek pembelajaran dan peribadi menyumbang secara signifikan sebagai faktor tekanan iaitu sebanyak 17.5 peratus. Menariknya hasil ujian ini juga mendapati, tekanan tidak mempengaruhi prestasi akademik mahasiswa B40 (nilai F = 0.581 dengan nilai signifikasi 0.446b > 0.05). Hasil kajian diharap dapat memberi input kepada beberapa pihak berkepentingan terutamanya pihak pengurusan tertinggi universiti, FSSK dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi meningkatkan usaha untuk mewujudkan pelbagai inisiatif dan program yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan diri mahasiswa B40 secara menyeluruh.

 

Kata kunci: tekanan, mahasiswa B40, prestasi akademik, pelajar kurang berkemampuan

  

ABSTRACT

Stress is a common trait that can happen to every human being, including university students. Uncontrolled stress might affect one’s life, including his academic performance. Therefore, this study was conducted to identify the level of stress, factors and its influence on academic performance among B40 students in UKM. This study was conducted by using a quantitative survey design. A total of 302 B40 students who are studying at the Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSK) were selected as respondents. Data were analyzed opted descriptive tests and multiple linear regression. The descriptive analysis found that majority of respondents showed moderate levels of stress (67.2 percent). In addition, the results of the regression showed that the learning and personal aspects contributed significantly as a stress factor which is 17.5 percent. Interestingly the analysis found that stress does not affect the academic performance of B40 students (the value of F = 0.581 with a significance value of 0.446b > 0.05). The findings of the study is hopeful can give an input to the stakeholders, especially the management of the university, FSSK and the Ministry of Higher Education to increase their efforts to create initiatives and programs that can improve the well-being of B40 students as a whole.

Keywords: stress, B40 students, academic achievement, underprivileged students

Published
2022-09-17
How to Cite
Abdul Rahhim, N., & Saim, N. J. (2022, September 17). Kajian Terhadap Mahasiswa B40 di Universiti Kebangsaan Malaysia: Tahap Tekanan dan Pengaruhnya Terhadap Prestasi Akademik. Jurnal Wacana Sarjana, 6(4), 1-16. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/486