Pemilihan Bahasa Suku Kaum Melanau Di Mukah, Sarawak

Language Choice Of Melanau Tribe In Mukah, Sarawak

  • Nurul Syahirah Batjo
  • Mohammed Azlan Mis
Keywords: pilihan bahasa, Melanau, bahasa Melanau, Domain, Mukah

Abstract

ABSTRAK

Kepelbagaian suku kaum di negeri Sarawak menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri bermultibahasa. Setiap kaum akan bertutur menggunakan bahasa ibunda masing-masing meskipun bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Salah satu suku kaum utama ialah suku kaum Melanau. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pilihan bahasa yang digunakan oleh suku kaum Melanau Mukah dalam pertuturan harian mereka. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa serta kesan daripada fenomena pilihan bahasa terhadap perkembangan bahasa. Responden kajian merupakan masyarakat Melanau yang menetap di daerah Mukah, Sarawak yang terdiri daripada 50 orang. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif melalui pendekatan kuantitatif dalam mengumpul data yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan bahasa oleh masyarakat Melanau Mukah dalam pertuturan harian mereka berdasarkan kerangka Teori Domain oleh Fishman (1972). Seseorang itu boleh memilih satu atau beberapa bahasa untuk digunakan ketika berkomunikasi dalam satu domain. Penerapan Teori Domain oleh Fishman (1972) dijadikan kayu ukur dalam menganalisis data pemilihan bahasa dalam suku kaum Melanau di Mukah Sarawak. Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa masyarakat Melanau Mukah dominan memilih Bahasa Melanau Mukah dan Dialek Melayu Sarawak sebagai bahasa perhubungan yang utama. Kajian yang dilakukan ini dapat memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat khususnya dalam mengekalkan perpaduan dari segi bahasa dan budaya lebih- lebih lagi Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum. Oleh itu, kajian ini memainkan peranan yang besar terhadap negara dan masyarakat terutamanya di dalam bidang bahasa.

 

Kata kunci: pilihan bahasa, Melanau, bahasa Melanau, Domain, Mukah

 

ABSTRACT

The diversity of ethnic groups in the state of Sarawak makes this state a multilingual state. Each race will speak using their own mother tongue even though Malay has been appointed as the national language. One of the main tribes is the Melanau tribe. This study was conducted to identify the choice of language used by the Melanau Mukah tribe in their daily speech. This study also aims to examine the factors that influence language choice as well as the effects of the phenomenon of language choice on language development. The respondents of the study are the Melanau community living in Mukah district, Sarawak consisting of 50 people. This study uses a descriptive method through a quantitative approach in collecting the data needed in this study. The questionnaire method was used to obtain information about the language choices by the Melanau Mukah community in their daily speech based on the Domain Theory framework by Fishman (1972). A person can choose one or several languages to use when communicating in a domain. The application of Domain Theory by Fishman (1972) was used as a yardstick in analyzing language selection data in the Melanau tribe in Mukah Sarawak. The results of the study found that the dominant Melanau Mukah community chose the Melanau Mukah Language and Sarawak Malay Dialect as the main language of communication. This study can contribute to the country and society, especially in maintaining unity in terms of language and culture, especially Malaysia, which is known as a multi-ethnic and multi-racial country. Therefore, this study plays a big role for the country and society, especially in the field of language.

Keywords: language choice, Melanau, Melanau language, Domain, Face

Published
2022-09-17
How to Cite
Batjo, N. S., & Mis, M. A. (2022, September 17). Pemilihan Bahasa Suku Kaum Melanau Di Mukah, Sarawak. Jurnal Wacana Sarjana, 6(4), 1-15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/487