Potensi Kota Tinggi Sebagai Bandar Pelancongan Warisan Budaya Dan Sejarah Serta Kesannya Terhadap Ekonomi Setempat Di Kota Tinggi, Johor

The Potential Of Kota Tinggi As a Cultural And Historical Tourism City And Impact On The Local Economy In Kota Tinggi, Johor

  • Goh Jet Yang
  • Mohd Azlan Abdullah
Keywords: bandar, pembangunan, ekonomi pelancongan, warisan budaya dan sejarah, setempat

Abstract

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan membincangkan potensi, mengkaji faktor yang mempengaruhi dan menganalisis kesan pembangunan sektor pelancongan berteraskan warisan budaya dan sejarah terhadap ekonomi setempat di Bandar Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor. Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang dipilih daripada penduduk Bandar Kota Tinggi. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif berdasarkan borang soal selidik, pemerhatian, kajian kepustakaan dan laman sesawang. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa Bandar Kota Tinggi mempunyai banyak warisan budaya dan sejarah yang melibatkan monumen, kesenian, makanan, reka bentuk bangunan tradisional dan sebagainya. Contoh monumen yang menarik untuk dikunjungi termasuklah tapak Makam Sultan Mahmud Shah, Muzium, Jambatan dan Menara Jam sebagai destinasi pelancongan yang berpotensi dan berdaya saing. Penduduk Bandar Kota Tinggi juga bersetuju faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan ekonomi bandar tempatan adalah seperti fasiliti kesihatan awam, tadbir urus bandar, persekitaran fizikal, guna tanah bandar dan partisipasi komuniti tempatan. Majoriti responden juga optimis terhadap perkembangan dan pembangunan ekonomi setempat di Bandar Kota Tinggi dari segi peningkatan taraf sosioekonomi, perkembangan peluang pekerjaan, kemudahan pengangkutan dan peningkatan imej Bandar Kota Tinggi. Gabungan faktor-faktor tersebut telah meningkatkan daya saing bandar dan penyertaan pihak berkuasa tempatan dalam mencapaikan konsep pembangunan bandar lestari dan pengurusan bandar secara dinamik dan sejahtera.

 

Kata kunci: bandar, pembangunan, ekonomi pelancongan, warisan budaya dan sejarah, setempat

 

ABSTRACT

As part of this research, we analyze the potential, study the influencing factors, and discuss the impact of the tourism sector on the local economy in Bandar Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor. 100 respondents were selected from Bandar Kota Tinggi in this study. Study methods included questionnaires, observations, library research, and website research, all of which were conducted quantitatively. According to the results, most respondents believed Bandar Kota Tinggi has a lot of cultural and historical heritage, such as monuments, art, food, traditional building designs, and so on. Examples of interesting monuments to visit include the site of the Sultan Mahmud Shah Tomb, Museum, Bridge and Clock Tower as potential and competitive tourist destinations. Residents of Bandar Kota Tinggi agreed on what influences the local economy, such as public health facilities, urban governance, physical environment, urban land use, and local participation. In Bandar Kota Tinggi, the majority of respondents are optimistic about the socio-economic development, job opportunities, transportation and image of Bandar Kota Tinggi. The combination of these factors has increased urban competitiveness and the participation of local authorities is to achieve the conception of sustainable urban development and dynamic urban management and substance.

Keywords: urban, economic development, tourism, cultural heritage and historical, local

Published
2022-09-17
How to Cite
Jet Yang, G., & Abdullah, M. A. (2022, September 17). Potensi Kota Tinggi Sebagai Bandar Pelancongan Warisan Budaya Dan Sejarah Serta Kesannya Terhadap Ekonomi Setempat Di Kota Tinggi, Johor. Jurnal Wacana Sarjana, 6(4), 1-10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/489