Demokrasi Siber Di Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-10

Cyber Democracy In Malaysia After The 10Th General Election

  • Shaily Yasmin Abdullah
  • Sharifah Nursyahidah Syed Annuar
Keywords: Internet, demokrasi siber, pendemokrasian, media baharu, belia

Abstract

ABSTRAK 

Perkembangan Internet di dunia sedikit sebanyak menyumbang kepada Gelombang Pendemokrasian Ketiga. Fenomena tersebut merupakan sebuah proses transformasi sistem demokrasi ke arah pemerintahan yang bercorakkan demokrasi siber. Demokrasi siber merupakan bentuk kebebasan dalam dunia maya apabila seseorang dapat mengemukakan pandangan di mana-mana platform Internet tanpa sekatan. Malaysia juga sedang mengalami proses demokrasi siber tersebut sejak dari tahun 1999 ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10. Ia berikutan daripada gerakan Reformasi yang berjuang atas isu pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pemenjaraan Anwar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan fenomena demokrasi siber di Malaysia pasca PRU ke-10 sehingga kini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dengan mendapatkan sumber bahan sekunder seperti buku, jurnal dan artikel. Kajian ini mendapati bahawa berlakunya evolusi platform media dari media tradisional iaitu media cetak kepada media baharu iaitu media sosial dalam mendapatkan maklumat politik dan seterusnya mencetuskan pendemokrasian maklumat yang lebih pantas. Antara media baharu yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia ialah Facebook, Twitter dan Malaysiakini. Kajian ini juga mendapati bahawa pendukung demokrasi siber tidak terhad kepada mana-mana golongan usia. Namun, belia merupakan antara pengguna media baharu yang signifikan dengan demokrasi siber kerana mereka lebih mudah mengadaptasi perubahan teknologi, mengaplikasi kemudahan teknologi maklumat dan seterusnya memberikan kesan terhadap pendemokrasian di Malaysia. Kesimpulannya, perkembangan demokrasi siber di Malaysia sedikit sebanyak menyumbang kepada pendemokrasian dengan berlakunya pertukaran rejim pada peringkat persekutuan menerusi PRU ke-14.

Kata kunci: Internet, demokrasi siber, pendemokrasian, media baharu, belia

 

ABSTRACT

The development of the Internet in the world to some extent contributed to the Third Wave of Democratization. The phenomenon is a process of transformation of a democratic system towards a government that has cyber democracy. Cyber democracy is a form of freedom in the virtual world where an individual can present views on any Internet platform without restrictions. Malaysia has also been experiencing the process of cyber democracy since 1999 during the 10th General Election. It follows on from the Reformasi movement which fight over the issue of the sacking of Anwar Ibrahim from the post of Deputy Prime Minister and Anwar's imprisonment. Therefore, this study aims to examine the development of the phenomenon of cyber democracy in Malaysia from the 10th general election until now. This study uses the qualitative method of library method by obtaining secondary sources materials such as books, journals, and articles. This study found that the evolution of media platforms from traditional media such as printed media to new media such as social media in obtaining political information thus triggers faster democratization of information. Among the new media that Malaysians often use are Facebook, Twitter, and Malaysiakini. The study also found that supporters of cyber democracy are not limited to any age group. However, the youths are among the new media users who are significant to cyber democracy due to the youth can adapt easily to the technological changes, apply information technology and thus impact the democratization in Malaysia. In conclusion, the development of cyber democracy in Malaysia has contributed to the democratization with the change of regime at the federal level through the 14th general election. 

Keywords: Internet, cyber democracy, democratization, new media, youth

 

Published
2022-09-17
How to Cite
Abdullah, S. Y., & Syed Annuar, S. N. (2022, September 17). Demokrasi Siber Di Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-10. Jurnal Wacana Sarjana, 6(4), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/492