Implikasi Perkembangan Pembangunan Bandar Terhadap Sosioekonomi Dan Kesejahteraan Penduduk Di Bandar Tanah Merah, Kelantan

Implications of Urban Development on Socio-Economic and Well-Being of Residents in Bandar Tanah Merah, Kelantan

  • Norshahirah Md Gazali
  • Mohd Azlan Abdullah
Keywords: Pembangunan, bandar, sosioekonomi, kesejahteraan, Bandar Tanah Merah

Abstract

ABSTRAK

Pembangunan bandar yang belaku di Bandar Tanah Merah, Kelantan iaitu daripada sebuah pekan yang kecil kepada sebuah bandar yang membangun boleh memberi pelbagai implikasi yang positif kepada penduduk. Namun, kesan daripada pembangunan itu juga turut memberi kesan kepada sosioekonomi dan kesejahteraan hidup penduduk. Justeru, kertas kajian ini bertujuan untuk membincangkan faktor perkembangan pembangunan yang berlaku di Bandar Tanah Merah dan kesan terhadap pembangunan tersebut serta tahap kesejahteraan penduduk di Bandar Tanah Merah. 100 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Packages for Social Sciences). Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar responden bersetuju bahawa pembangunan yang dijalankan memberi implikasi yang positif terhadap sosioekonomi mereka seperti peningkatan pendapatan, perkembangan peluang pekerjaan dan peningkatan kemudahan. Kajian ini mendapati terdapat kesan negatif dan positif kepada penduduk setempat. Mereka juga bersetuju bahawa faktor- faktor yang mempengaruhi pembangunan bandar di Tanah Merah adalah peningkatan penduduk, sistem pengangkutan, kewujudan sektor pekerjaan, peningkatan kemudahan dan peranan kerajaan. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kesejahteraan penduduk berada pada tahap yang tinggi. Penemuan ini dapat membantu agensi-agensi berkaitan dalam merancang dan menambah baik pembangunan yang bakal dijalankan dan sedia ada pada masa akan datang.

 

Kata Kunci: Pembangunan, bandar, sosioekonomi, kesejahteraan, Bandar Tanah Merah

 

ABSTRACT 

The urban development, from a small town to a developing city has conducted in a positive impact to the community in Bandar Tanah Merah, Kelantan. However, development can affect the socio economic and community’s well-being. Thus, this research paper aims to discuss the factors and impact of development and level of community’s well-being in Bandar Tanah Merah. By using questionnaires, one hundred respondents were involved as the subject of the research. The data obtained were analyze using Statistical Packages for Social Societies (SPSS). The results of the study showed that most respondents agreed that the development had positive impact on their socio economic such as increased income, development of employment opportunities, and facilities developments. This study found that negative and positive effects on the local community. They also agreed that the factors influencing development in Bandar Tanah Merah were population growth, transportation system, the existence of the employment sector, facilities developments, and the role of government. The research also showed that the level of the community’s well-being was high. These findings can help relevant agencies to planning and improving the development that will be conduct and existing in the future.

 

Keywords: Development, urban, socio-economy, well-being, Bandar Tanah Merah

Published
2022-09-17
How to Cite
Md Gazali, N., & Abdullah, M. A. (2022, September 17). Implikasi Perkembangan Pembangunan Bandar Terhadap Sosioekonomi Dan Kesejahteraan Penduduk Di Bandar Tanah Merah, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 6(4), 1-10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/495