UMNO dan Politik Identiti Pasca PRU-14, 2018-2022
UMNO and Identity Politics in Malaysia after GE-14, 2018-2022
Abstract
ABSTRAK
Kewujudan masyarakat yang mempunyai identiti nasional adalah suatu usaha modernisasi sosial yang menjadi matlamat bagi setiap negara yang berdaulat. Dalam menyokong usaha ini, integrasi dilihat memainkan peranan utama kerana integrasi itu sendiri melibatkan satu proses panjang yang mengukuhkan identiti nasional dalam diri masyarakat yang sebelum ini terpisah ekoran lokasi, sosial dan budaya untuk menjadi sebuah masyarakat yang bersatu padu membentuk satu identiti di bawah nilai cinta dan bangga akan tanah air mereka. Integrasi ini juga mampu memperlihatkan keutuhan bangsa dan ketahanan sesebuah negara bangsa. Dalam dunia kontemporari Malaysia hari ini, isu politik perkauman masih menjadi polemik yang seakan tiada penghujungnya. Jika dilihat pada parti-parti politik tempatan, masing-masing ditubuhkan atas dasar melindungi kaum tertentu sepertimana yang dapat dilihat melalui Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) melalui perjuangannya untuk kaum Melayu, Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk kaum Cina dan Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk kaum India. Melalui kajian ini, pengkaji akan lebih memfokuskan kepada parti dominan di Malaysia iaitu UMNO dan melihat bagaimana parti ini mengaplikasikan politik perkauman selepas PRU-14 dalam memastikan parti ini kekal relevan di Malaysia.
Kata kunci: identiti nasional, politik identity, politik etnik, pasca PRU-14
ABSTRACT
The existence of a society with a national identity is the goal of every sovereign nation. In supporting this effort, integration is seen to play a key role as integration itself involves a long process that strengthens national identity in a society that was previously separated by location, social and cultural to become a united society forming an identity under the values of love and proud of their homeland. The integration can also show the unity of the nation and the resilience of a nation state. In today's contemporary Malaysian world, the issue of racial politics is still a polemic that seems to have no end. If we look at the local political parties, each was established on the basis of protecting certain races as can be seen through the United Malays National Organization (UMNO) through its struggle for the Malays, the Malaysian Chinese Association (MCA) for the Chinese and the Indian Congress Malaysia (MIC) for Indians. Through this study, we will focus more on the dominant party in Malaysia, namely UMNO and see how this party applies racial politics post GE-14 in ensuring that this party remains relevant in Malaysia.
Key words: national identity, identity politics, ethnic politics, post GE-14