Cabaran Ibu Bapa Dalam Menyokong Pendidikan Anak Autisme Semasa Pandemik COVID-19

Parental Challenges In Supporting Education of Autism Children During The COVID-29 Pandemic

  • Siti Maryam Abdull Rahman
  • Aizan Sofia Amin
Keywords: autisme, cabaran, ibu bapa, pendidikan, COVID-19

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2020 telah memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan negara khususnya bagi kanak-kanak Autisme. Pembelajaran dalam talian telah diperkenalkan bagi menggantikan pembelajaran secara fizikal akibat penutupan sekolah di seluruh negara. Keadaan ini telah memberi cabaran yang signifikan kepada ibu bapa anak Autisme untuk menyokong pendidikan anak mereka semasa tempoh pandemik COVID-19. Anak autisme secara umumnya mempunyai rutin yang tertentu dan tidak boleh melakukan perubahan secara mendadak. Oleh itu, pendidikan secara dalam talian menjadikan rutin anak autisme terganggu dan boleh menyebabkan emosi dan tingkah laku mereka menjadi sukar untuk dikawal sehingga memberi tekanan kepada ibu bapa. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka cabaran ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak autisme semasa pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Dapatan analisis kajian kepustakaan tentang cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu cabaran dalaman dan cabaran luaran. Cabaran dalaman ibu bapa anak autisme adalah dari segi kemampuan ekonomi sesebuah keluarga, cabaran tahap pendidikan ibu bapa, cabaran dari sikap anak autisme, cabaran dari segi komitmen ibu bapa dan cabaran emosi ibu bapa. Cabaran luaran pula adalah dari segi cabaran komunikasi dua hala ibu bapa dan guru, cabaran capaian internet yang tidak memuaskan dan cabaran dari segi alatan pembelajaran. Kesimpulannya, dapatan kajian menujukkan bahawa ibu bapa anak autisme mempunyai cabaran yang signifikandalam menyokong pendidikan anak autisme semasa pandemik COVID-19 dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk mengatasi semua cabaran yang mereka alami dengan berkesan.

Kata kunci: autisme, cabaran, ibu bapa, pendidikan, COVID-19

 

ABSTRACT

The COVID-19 pandemic that hit the world in 2020 has significantly impacted the country's education system, especially for Autistic children. Online learning was introduced to replace physical learning due to school closures. This situation presented significant challenges to parents of Autistic children to support their child's education during the COVID-19 pandemic. Children with autism generally have certain routines and cannot make abrupt changes. Thus, online education disrupts the routines of autistic children and can cause their emotions and behaviours to become challenging to control, thus putting pressure on parents. This study aims to explore the challenges of parents in supporting the education of autistic children during the COVID-19 pandemic. This study uses the literature review method. The findings of the literature review analysis on the challenges parents face are divided into two, namely internal challenges and external challenges. The internal challenges of parents of autistic children are the challenges in financial ability of the family, the level of education of parents, the attitudes of children with autism, parental commitment, and the emotional challenges of parents. At the same time, the external challenges are the challenges of two-way communication between parents and teachers, unsatisfactory internet access, and insufficient learning tools. In conclusion, the study's findings indicate that parents of autistic children have significant challenges in supporting the education of autistic children during the COVID-19 pandemic and need support from various parties to overcome all the challenges they face effectively.

Keywords: autism, challenge, parental, education, COVID-19

 

Published
2022-11-25
How to Cite
Abdull Rahman, S. M., & Amin, A. S. (2022, November 25). Cabaran Ibu Bapa Dalam Menyokong Pendidikan Anak Autisme Semasa Pandemik COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 6(5), 1-7. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/499