Dari Perak ke Putrajaya: Pengaruh Institusi Beraja dalam Politik Malaysia Kontemporari

From Perak to Putrajaya: The Influence of Monarchy Institutions in Contemporary Politics in Malaysia

  • Nurdeana Fatihah Abdul Najib
  • Muhamad Nadzri Mohamed Noor
Keywords: Institusi Beraja, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, Perlembagaan Persekutuan, Politik Malaysia, Raja-Raja Melayu

Abstract

ABSTRAK

Sebelum kehadiran kolonial, Malaysia menggunakan sistem monarki mutlak. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan Malaysia berubah menjadi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengehadkan kuasa institusi pemerintahan beraja itu dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Ia bermaksud bahawa Raja harus bertindak mengikut peruntukan perlembagaan yang telah ditetapkan sekaligus menutup ruang kepada kebebasan memerintah secara berkuasa mutlak dalam sistem pentadbiran negara. Namun, masih lagi terdapat campur tangan institusi beraja yang melangkaui peruntukan dalam perlembagaan politik kontemporari di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatatif untuk mengumpul data. Data yang berasaskan perpustakaan telah dianalisa untuk mendapatkan hasil bagi kajian ini. Hasil dapatan penyelidikan ini berharap dapat menerangkan kepada masyarakat terhadap peranan institusi beraja di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kata kunci: Institusi Beraja, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, Perlembagaan Persekutuan, Politik Malaysia, Raja-Raja Melayu

 

ABSTRACT

Prior to the colonial presence, Malaysia used to run an absolute monarchy system. After achieving independence in 1957, system government of Malaysia’s changed into a country that adopt a system of Parliamentary Democracy and Constitutional Monarchy. The Federation of Malaya 1957 limited the powers of the institution of the monarchy to suit the concept of Parliamentary Democracy and Constitutional Monarchy. It means that the King must act in accordance with the provisions of the constitution that has been set, thus closing the gap to the freedom to rule with absolute power in the country’s administrative system. However, the intervention of monarchical institutions still happen that go beyond the provisions of the constitution of the contemporary politics in Malaysia. This research uses qualitative methods to collect data. Library-based data were analysed to obtain results for this study. The results of this research hopefully can explain to the community the role of monarchical institutions under the Federal Constitution.

Key words: Monarchical Institution, Parliamentary Democracy, Constitutional Monarchy, Federal Constitution, Malaysia Politics, Malay Rulers

 

 

Published
2022-11-25
How to Cite
Abdul Najib, N. F., & Mohamed Noor, M. N. (2022, November 25). Dari Perak ke Putrajaya: Pengaruh Institusi Beraja dalam Politik Malaysia Kontemporari. Jurnal Wacana Sarjana, 6(5), 1-10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/501