Hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah Semasa Era Pentadbiran Musa Aman dan Kesannya Terhadap Hasil Royalti Minyak

Relationship Between the Federal Government and the Sabah State Government During the Administration Era of Musa Aman and Its Impact on Oil Royalty Revenue

  • Siti Fahlizah Padlee
  • Mohd Rizal Mohd Yaakop
Keywords: kerajaan pusat, kerajaan negeri, royalti, minyak, Sabah

Abstract

ABSTRAK

Isu hasil royalti minyak bagi negeri Sabah merupakan isu yang sering dibangkitkan oleh parti pembangkang semasa pemerintahan Musa Aman yang memperjuangkan 20 peratus pemulangan hasil royalti minyak terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Isu ini juga dilihat sebagai satu mekanisme untuk mengukur perkembangan pembangunan negeri Sabah yang turut dikaitkan dengan kadar kemiskinan yang tinggi bagi negeri tersebut. Sedangkan sektor perlombongan iaitu industri petroleum merupakan penyumbang kedua kepada ekonomi di negeri berkenaan. Perjanjian yang termeterai di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 pada 14 Jun 1976 menyaksikan penetapan lima peratus hasil keuntungan minyak oleh syarikat PETRONAS melalui Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi aktiviti pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Sabah. Begitupun, pembahagian kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri terhadap hasil royalti minyak tidak terdapat dalam Perlembagaan. Hanya dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 menjelaskan pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Sabah semasa era pentadbiran Musa Aman dalam menyelesaikan isu royalti minyak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang merangkumi data primer iaitu pengumpulan dokumen-dokumen rasmi kerajaan iaitu dari penyata rasmi Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Sabah dan Dewan Undangan Negeri Sabah (2003-2018). Dapatan kajian menunjukkan hubungan baik di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri tidak mempengaruhi pembayaran hasil royalti minyak di negeri Sabah.

 

Kata kunci: kerajaan pusat, kerajaan negeri, royalti, minyak, Sabah

 

 

ABSTRACT

Oil royalty revenue has been an issue for the state of Sabah that is often raised by the opposition parties during the administrative era of Musa Aman who advocates for 20 percent return of oil royalty revenue, especially during the General Election (GE). The issue is also seen as a mechanism to measure the development of Sabah, which is associated with the high poverty rate within the state. While the mining sector, namely the petroleum industry, is the second contributor to the state’s economy, the agreement signed between the federal and state governments under the Petroleum Development Act 1974 on 14 June 1976 had witnessed the fixing of 5 percent of oil profits by PETRONAS through Production Sharing Contract (PSC) for any petroleum exploration and exploitation activities conducted at the onshore or offshore of the Sabah coast. The division of power between the federal and state governments over oil royalty revenue is not stated in the Constitution and only in the Petroleum Development Act 1974 clarifies the payment of cash as agreed between the parties concerned to the Federal government and the government of any state concerned. The purpose of this study is to determine the extent of relationship between the federal government and the Sabah state government during the administration era of Musa Aman in resolving the issue of oil royalty. It was done using a qualitative methodology where the primary data were obtained from official statements by Auditor General's Report on The Sabah State Government Financial Statement and The Financial Management of The State Departments and Agencies and the Sabah State Assembly (2003-2018). The findings reported that the good relations between federal and state government have not influenced on the oil revenue.

Keywords: central government, state government, royalties, oil, Sabah

Published
2022-11-25
How to Cite
Padlee, S. F., & Mohd Yaakop, M. R. (2022, November 25). Hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah Semasa Era Pentadbiran Musa Aman dan Kesannya Terhadap Hasil Royalti Minyak. Jurnal Wacana Sarjana, 6(5), 1-11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/504