Pengalaman Pelajar Jurusan Teknikal Menjalani Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik COVID-19

Experience Students of the Technical Underwent Online Learning During the COVID-19 Pandemic

  • Nur Azlin Harun
  • Noremy Md Akhir
Keywords: pengalaman, pembelajaran dalam talian, pandemik COVID-19, jurusan, sokongan sosial

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka pengalaman pelajar tahun akhir jurusan teknikal di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang perlu menjalani pembelajaran secara dalam talian hampir sepenuhnya. Sepanjang penyebaran wabak COVID-19 melanda di negara kita, rakyat terpaksa menempuhi kehidupan dengan norma yang baharu. Keseluruhan pelajar jurusan teknikal tersebut terpaksa melalui pembelajaran secara dalam talian termasuk penggunaan makmal` yang memerlukan pembelajaran dijalankan secara fizikal. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan reka bentuk fenomenologi dan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan tematik analisis. Kajian ini telah melibatkan lapan mahasiswa tahun akhir jurusan teknikal Fakulti Sains dan Teknologi (FST) di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Bangi. Kajian ini juga turut dijalankan secara temubual dalam talian dengan menggunakan aplikasi Whatsapp. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh pelajar jurusan teknikal tahun akhir dan telah menghasilkan sebanyak lapan tema utama iaitu tempat belajar yang tidak kondusif, tekanan dalam menghadapi projek tahun akhir, penggunaan makmal yang terhad, masalah keperluan utama laptop dan internet yang terbatas, sukar mengadaptasi penggunaan peralatan makmal, sukar mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan dan pensyarah, kurang kesediaan mental dan fizikal dalam menghadapi norma baharu serta kurang motivasi dan sokong sosial. Kajian ini memberi intervensi dalam membangunkan sistem sokongan dalam pembentukan peribadi pelajar menyesuaikan diri terhadap norma baharu. Oleh itu, kajian ini terhasil diharapkan dapat menjadi panduan serta rujukan kepada pihak berkepentingan dalam memperkasakan pengurusan pembelajaran dalam talian yang lebih jelas dan teratur.

Kata kunci: pengalaman, pembelajaran dalam talian, pandemik COVID-19, jurusan, sokongan sosial

 

ABSTRACT

This study was conducted to explore the experience of final year students majoring in technical at the Faculty of Science and Technology (FST) who need to undergo online learning almost completely. All technical majors have to go through online learning, including the use of laboratories that require learning to be carried out physically. This study has used a qualitative method by applying phenomenological design and the data obtained were analysed using thematic analysis. This study involved eight final year technical students of the Faculty of Science and Technology (FST) at the National University of Malaysia (UKM), Bangi Campus. This study was also conducted through online interviews using the WhatsApp application. The objective of this study is to explore the challenges faced by final year technical students and has produced a total of eight main themes namely the unconducive environment, stress in facing final year project, limited use of laboratory, problem of basic laptop and limited internet needs , difficult to adapt to the use of laboratory equipment, difficult to have discussions with friends and lecturers, lack of mental and physical readiness in facing new norms and lack of motivation and social support. This study provides an intervention in developing a support system in the personal formation of students adapting to new norms. Therefore, this study is expected to be a guide and reference to stakeholders in strengthening the management of online learning more clearly and orderly.

Keywords: experience, online learning, COVID-19 pandemic, majors, social support

 

Published
2022-11-25
How to Cite
Harun, N. A., & Md Akhir, N. (2022, November 25). Pengalaman Pelajar Jurusan Teknikal Menjalani Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 6(5), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/506