Partisipasi dan Persepsi Pengundi Luar Bandar Dalam Politik Pilihan Raya: Kajian Kes di Kawasan DUN Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu

Participation and Perception of Rural Voters in Election Politics: A Case Study in the Area of State Legislative Assembly of Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu

  • Nur Diyana Sofiah Mohd Hazron
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: partisipasi politik, persepsi pengundi, kecenderungan pilihan parti, pengetahuan politik, pilihan raya

Abstract

ABSTRAK

Setiap individu dan masyarakat memiliki pendapat atau pandangan yang tersendiri dan ia dikenali sebagai persepsi. Persepsi yang wujud adalah dipengaruhi oleh pelbagai sumber maklumat yang cukup meluas dan mudah diakses, khususnya pada era serba moden ini. Perbezaan yang wujud berkaitan dengan pemilihan parti politik mendatangkan pelbagai kesan yang merangkumi sudut negatif dan positif, bergantung kepada pemikiran individu masing-masing. Selain daripada persepsi pengundi terhadap politik, partisipasi masyarakat dalam politik juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberhasilan sesebuah aktiviti politik pilihan raya yang dijalankan dalam negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini untuk menganalisis partisipasi dan persepsi pengundi luar bandar dalam politik pilihan raya di kawasan DUN Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu. Kajian ini melibatkan pengumpulan data daripada keadah soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan, kajian kepustakaan dan kajian atas talian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Secara ringkasnya, kajian mendapati bahawa sebanyak 74 peratus responden berminat dengan politik. Seterusnya, isu politik yang banyak dibincangkan adalah berkaitan dengan isu kepimpinan di peringkat negara dan negeri dengan 100 peratus manakala pemimpin yang bersifat mesra rakyat merupakan kriteria pemimpin yang paling banyak disokong, iaitu sebanyak 74 peratus. Kesimpulannya, kajian ini dapat dijadikan sebagai ilmu tambahan berkaitan fenomena pilihan parti politik dalam kalangan pengundi luar bandar serta dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak-pihak pengkaji yang lain.

Kata kunci: partisipasi politik, persepsi pengundi, kecenderungan pilihan parti, pengetahuan politik, pilihan raya

 

ABSTRACT 

Every individual and society has its own opinion or view and it known as perception. The perceptions that exist are influenced by a variety of sources of information that are quite wide and easily accessible, especially in this modern era. The differences that exist in relation to the selection of political parties bring about various effects that include negative and positive angles, depending on the thinking of the respective individuals. Apart from voters’ perceptions of politics, community participation in politics also an important role in determining the outcome of an electoral political activity conducted in the country. Therefore, it is the purpose of writing this paper to analyze the participation and perception of rural voters in electoral politics in the Ajil state legislative assembly constituency, Hulu Terengganu, Terengganu. This study involved data collection from questionnaires, interviews, field observations, library research and online research. The data obtained were then analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 25. In summary, the study found that as many as 74 percent of respondents were interested in politics. Next, many political issues discussed are related to leadership issues at the national and state levels with 100 percent while people- friendly leaders are the most supported criteria for leaders, which is 74 percent. In conclusion, this study can be used as additional knowledge related to the phenomenon of political party choice among rural voters and can be used as a guide to other researchers.

Keywords: political participation, voter perceptions, party choice tendencies, political knowledge, elections

Published
2022-11-25
How to Cite
Mohd Hazron, N. D. S., & Awang Besar, J. (2022, November 25). Partisipasi dan Persepsi Pengundi Luar Bandar Dalam Politik Pilihan Raya: Kajian Kes di Kawasan DUN Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 6(5), 1-17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/508