Tahap Kepimpinan Instruksional Dan Rekabentuk Instruksional Pengetua Di Sekolah–Sekolah Menengah Daerah Pendang, Kedah

  • Noor Asma Ismail
  • Mohamed Yusoff Mohd Nor

Abstract

ABSTRAK

 

Pengetua merupakan individu yang paling berpengaruh bagi sesebuah organisasi pendidikan.  Selain daripada melaksanakan tugas pentadbiran dan tugasan luar, Pengetua juga tidak terlepas daripada memegang komitmen utama untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah.  Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kepimpinan instruksional pengetua ditekankan agar prestasi sekolah dapat dipacu secara menyeluruh. Pendekatan PdP juga perlu diubah dari tradisional kepada pendekatan Abad ke-21. Rekabentuk instruksional merupakan satu sistem PdP baru yang berpusat dan mesra pelajar. Justeru, artikel ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan instruksional pengetua dan amalan rekabentuk instruksional pengetua di beberapa buah sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kajian secara kuantitatif ini telah dijalankan ke atas 120 orang responden di Daerah Pendang dan statistik deskriptif telah dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Kajian telah mendedahkan bahawa tahap kepimpinan instruksional pengetua dan rekabentuk instruksional pengetua adalah tinggi dengan Min= 4.0225 bagi kepimpinan instruksional dan 4.1472 bagi amalan rekabentuk instruksional pengetua. Implikasi bagi kajian ini adalah berupaya meningkatkan kualiti kepimpinan dan pembangunan model pengajaran pengetua sekaligus membuka ruang kepada pihak-pihak berkepentingan untuk memantapkan dasar atau program pendidikan yang sedia ada.  Kesimpulannya, semoga kajian ini berupaya memberi sumbangan kepada sektor pendidikan di Malaysia dan membawa manfaat kepada ummah sejagat.

 

 

Kata Kunci : PPPM, Pengetua, Kepimpinan Instruksional, Rekabentuk Instruksional

 

 

ABSTRACT

 

Principal is an individual that is most influential to an educational organisation. Other than doing the administrative duties and external task, the principal is inseparable from holding their major commitment which is doing the teaching and learning activities (TaL) in the classroom.  According to Malaysian Education Blueprint 2013-2025, the  instructional leadership of principal is highly emphasized so that the school performance can be drive as a whole. Therefore, the TaL activities need to be shifted from traditional to the 21st century method. Hence, the instructional design is a newly TaL system where it is more friendly and student centered. Thus, this article is intended to identify  the level instructional leadership and instructional design of principal in several schools under Ministry of Education Malaysia (MOE). This quantitative study was carried to 120 respondents in Pendang District and the descriptive statistics was applied as an attempt to answer the research questions. Study has revealed that the level instructional leadership and instructional design of principal is high with mean recorded = 4.0225 of instructional leadership and 4.1472 for instructional design respectively.  The implications of this study are not just able to help improve the quality of leadership of principal but also helping them in TaL’s model development as well as build a platform to the stakeholders to improve the existence policy and programs. In conclusion, I hope that this study is not just bring benefits to Malaysian education sector but to the  community as well.

 

 

Keywords : Malaysian Education Blueprint, Principal, Instructional Leadership, Instructional Design

 

Published
2017-12-30
How to Cite
Ismail, N. A., & Mohd Nor, M. Y. (2017, December 30). Tahap Kepimpinan Instruksional Dan Rekabentuk Instruksional Pengetua Di Sekolah–Sekolah Menengah Daerah Pendang, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/51