Proses Pemendekan Dalam Pembentukan Kata Submorfologi Dalam Teras: Naratif Baharu UKM Universiti Watan Kita

The Shortening Process in the Formation of Submorphological Words in the Core: A New Narrative of UKM Universiti Watan Kita

  • Nurlyana Sofea Zakiyyah Asral Farhi
  • Harishon Radzi
Keywords: Pembentukan kata, singkatan, akronim, inisialisme, naratif, pemimpin

Abstract

ABSTRAK

Naratif seorang pemimpin perlulah bersifat cekap dan tepat dalam memastikan sesebuah organisasi berjalan dengan lancar. Kemampuan bertutur seorang pemimpin juga dilihat melalui butir-butir ayat serta pemilihan leksikal yang betul dalam percakapan mahupun dalam bentuk tulisan. Kajian ini adalah berkaitan penggunaan singkatan dalam pembentukan kata tunggal dalam TERAS: Naratif Baharu UKM Universiti Watan Kita oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman. Tujuan kajian ini ialah mengenal pasti jenis-jenis singkatan, membincangkan struktur penggunaan kata singkatan dan meneliti konteks teks TERAS: Naratif Baharu UKM Universiti Watan Kita. Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan menganalisis data-data daripada teks dari TERAS: Naratif Baharu UKM Universiti Watan Kita. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua bentuk singkatan yang kerap digunakan iaitu akronim dan inisialisme dan dipecahkan mengikut kategori masing-masing yang selanjutnya akan dibincangkan menerusi konteks ayat penuh berdasarkan penggunaannya yang berkait dengan naratif kepimpinan. Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris juga banyak memberi pengaruh kepada pembentukan kata tunggal yang berbentuk akronim dan inisialisme. Pendekatan yang diterapkan dalam kajian ini ialah pendekatan Ismail Dahaman (2017) menerusi buku beliau yang berjudul Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Kata  Unsur Bergabung Tutur Bersambung. Dapatan dari kajian ini menemukan penggunaan singkatan yang menarik dan penggunaannya dalam naratif sebagai seorang pemimpin. Penggunaan singkatan dapat membantu pemimpin dalam menyampaikan mesej secara efisien.

Kata Kunci: Pembentukan kata, singkatan, akronim, inisialisme, naratif, pemimpin

Published
2023-01-31
How to Cite
Asral Farhi, N. S. Z., & Radzi, H. (2023, January 31). Proses Pemendekan Dalam Pembentukan Kata Submorfologi Dalam Teras: Naratif Baharu UKM Universiti Watan Kita. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/513