Keberkesanan Penglibatan Pelajar Dalam Kor Suksis Untuk Menangani Tingkah Laku Devian di Universiti Kebangsaan Malaysia

Effectiveness of Student Involvement in Kor Suksis to Deal With Deviant Behavior at Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Nurul Syafiqah Zainol
  • Nur Hafizah Yusoff
Keywords: kawalan sosial, tingkah laku devian, Kor SUKSIS, penglibatan, teori kawalan sosial

Abstract

ABSTRAK 

Artikel ini memfokuskan kepada organisasi Kor SUKSIS sebagai salah satu mekanisme kawalan sosial dalam menangani tingkah laku devian. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan persampelan secara bukan kebarangkalian iaitu persampelan bertujuan yang memfokuskan responden daripada kalangan mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyertai badan beruniform Kor SUKSIS. Pengkaji menetapkan 132 orang responden untuk menjawab soal selidik berdasarkan sampel saiz Krejcie & Morgan. Responden adalah terdiri daripada pelatih Kor SUKSIS UKM iaitu skuad 17, skuad 16 dan skuad 15. Pengkaji ingin melihat faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk menyertai organisasi Kor SUKSIS. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat faktor penarik yang mendorong pelajar UKM menyertai Kor SUKSIS. Antaranya ialah pengaruh keluarga, rakan-rakan, persekitaran, minat terhadap PDRM dan sebagainya. Berikutnya ialah mengenalpasti bagaimana penyertaan Kor SUKSIS mampu mencegah tingkah laku devian dalam kalangan pelajar UKM. Berdasarkan Teori Kawalan Sosial yang digunakan, pelajar yang cenderung menyertai badan beruniform ini akan sentiasa mempunyai disiplin yang tinggi, menepati norma dan nilai serta mempunyai akhlak yang baik. Mereka juga terhindar daripada masalah tingkah laku devian berbanding pelajar yang tidak menyertai badan beruniform. Penggunaan teori ini adalah disebabkan organisasi Kor SUKSIS adalah salah satu mekanisme kawalan sosial dalam menangani tingkah laku devian dalam kalangan pelajar UKM.

Kata kunci : kawalan sosial, tingkah laku devian, Kor SUKSIS, penglibatan, teori kawalan sosial

Published
2023-01-31
How to Cite
Zainol, N. S., & Yusoff, N. H. (2023, January 31). Keberkesanan Penglibatan Pelajar Dalam Kor Suksis Untuk Menangani Tingkah Laku Devian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1-21. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/514