Krisis dan Kerjasama Parti Politik: Kajian Kes di Kawasan DUN Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan

Crisis and Cooperation of Political Parties: A Case Study in the Area of State Legislative Assembly Constituency of Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan

  • Nurul Fatihah Mohd Shahir
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: kerjasama politik, krisis dalaman politik, parti politik, pemimpin, pilihan raya

Abstract

ABSTRAK

Krisis politik berlaku menyebabkan adanya perubahan kerajaan sama ada di peringkat pusat dan negeri yang membawa kepada perpecahan. Perpecahan ini bukan sahaja berlaku akibat daripada perbezaan politik, tetapi termasuk persaingan dalam mendapatkan pengaruh serta persaingan mengaut kekayaan ekonomi negara. Malaysia kini masih lagi berhadapan dengan krisis dalaman dan kerjasama antara parti politik. Parti politik wajar membuat persepakatan kerjasama dalam membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang utuh. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini untuk menganalisis krisis dan kerjasama parti politik di kawasan DUN Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan kepada soal selidik, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Teknik penganalisisan data dilakukan menerusi perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Hasil kajian mendapati 94 peratus responden setuju bahawa berlakunya perebutan jawatan dalam parti politik serta ego dan merasa diri lebih hebat daripada orang lain. Seterusnya, 88 peratus responden menyatakan persetujuan membentuk kesatuan ummah Melayu dan Islam menjadi faktor utama dalam pembentukan kerjasama politik parti politik. Di samping itu, 96 peratus responden bersetuju bahawa wujud imej buruk oleh pengundi terhadap parti politik hasil daripada impak krisis dalaman. Kesimpulannya, kajian ini memberi kepentingan terhadap ilmu pengetahuan, data berkaitan kajian politik pilihan raya dan menjadi rujukan kepada parti politik dalam meneliti isu dan permasalahan yang berlaku.

Kata kunci: kerjasama politik, krisis dalaman politik, parti politik, pemimpin, pilihan raya

Published
2023-01-31
How to Cite
Mohd Shahir, N. F., & Awang Besar, J. (2023, January 31). Krisis dan Kerjasama Parti Politik: Kajian Kes di Kawasan DUN Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1-21. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/515