Peremajaan Semula UMNO Pasca PRU-14, 2018-2022

UMNO Rejuvenation After the 14th General Election, 2018-2022

  • Sofia Shahida Badrul Hisham
  • Muhamad Nadzri Mohamed Noor
Keywords: Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO, peremajaan semula, perubahan politik, Konservatisme

Abstract

ABSTRAK

Peremajaan semula UMNO pasca PRU-14 adalah kajian dalam meneroka survival perjuangan parti UMNO bagi meraih undi generasi muda membina imej baru terhadap parti ketuanan Melayu ini seterusnya kekal relevan dalam arena politik Malaysia. Kekalahan kerajaan Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO buat pertama kali pada PRU-14 yang lalu menunjukkan bahawa UMNO kurang relevan bagi generasi muda pada waktu itu kerana mereka merasakan parti tersebut tidak memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin dan mengadakan pemikiran semula atau pemikiran baru selaras dengan ideologi konservatisme yang menjadi pegangan parti tersebut. Kajian ini juga adalah bagi mengkritik budaya politik UMNO dalam membawa kepada perubahan. Peremajaan semula UMNO bukanlah bermakna generasi muda dalam parti berasaskan kaum Melayu ini harus diberi jawatan semata-mata, tetapi ia merupakan satu usaha bagi UMNO untuk berubah demi survival parti. Kaedah kualitatif yang digunakan merangkumi kajian kepustakaan dan menggunakan dua sumber utama sepanjang penulisan yang melibatkan sumber primer dan sumber sekunder secara atas talian seperti kaedah temu bual. Kepentingan kajian ini dilakukan adalah untuk menambahkan lagi kajian terhadap peremajaan semula UMNO pasca PRU-14 terutamanya dalam isu mengenai kepimpinan parti berdasarkan konsep dan teori yang dirujuk. Hasil kajian amat penting dalam usaha untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat khususnya golongan muda terhadap kewujudan UMNOSISWA dan perubahan yang ingin di bawa serta perjuangan dalam meremajakan semula UMNO pasca PRU-14.

Kata kunci: Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO, peremajaan aemula, perubahan politik, Konservatisme

Published
2023-01-31
How to Cite
Badrul Hisham, S. S., & Mohamed Noor, M. N. (2023, January 31). Peremajaan Semula UMNO Pasca PRU-14, 2018-2022. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1-10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/516