‘Akukah Mangsanya?’: Pengetahuan Mahasiswa Terhadap Isu Gangguan Seksual
Am I A Victim?’: Student’s Knowledge in Sexual Harassment Issue
Abstract
ABSTRAK
Isu gangguan seksual adalah perkara yang masih lagi menjadi kebimbangan sehingga ke hari ini. Namun perkara yang lebih membimbangkan adalah apabila seseorang itu tidak tahu bahawa dirinya adalah mangsa kepada gangguan seksual. Situasi yang serius seperti gangguan seksual sering kali disalah anggap sebagai sebuah gurauan atau jenaka. Kertas kerja ini adalah merupakan kertas konsep berkaitan pengetahuan gangguan seksual dalam kalangan mahasiswa. Mahasiswa adalah merupakan kumpulan remaja yang sepatutnya telah mempunyai ilmu yang mampan dalam kehidupan termasuklah isu gangguan seksual. Definisi pengetahuan seksual dibincangkan dengan terperinci mengikut perspektif bidang sains sosial. Selain itu, konsep pengetahuan gangguan seksual akan dibincangkan menerusi kajian-kajian terdahulu termasuklah dari dalam dan luar negara. Teori seksualiti yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud (1990) telah dipilih dalam memberi kefahaman tentang pengetahuan seksual. Adalah diharapkan agar mahasiswa dapat lebih cakna dalam isu gangguan seksual sebagai satu benteng pencegahan.
Kata kunci: gangguan seksual, mahasiswa, mangsa, pengetahuan, seksualiti