Hubungan Antara Gaya Kemimpinan Dengan Motivasi Dalam Kalangan Jururawat di Pulau Pinang

The Relationship Between Leadership Styles and Motivation Among Nurses in Pulau Pinang

  • Ong Zi-Huang
  • Mohd Nasir Selamat
Keywords: Motivasi, gaya kepimpinan transformasi, gaya kepimpinan transaksional, gaya kepimpinan Laissez-faire

Abstract

ABSTRAK

Gaya kepimpinan dan motivasi merupakan faktor yang amat penting dalam konteks pekerjaan terutamanya melibatkan tugas sebagai jururawat. Keunikan bidang tugas seorang Jururawat mendedahkan kerjaya ini dengan pelbagai kemungkinan seperti mudah berasa tertekan, keletihan melampau dan mempunyai motivasi rendah sehingga akhirnya memberi kesan ke atas prestasi kerja. Terdapat kajian lepas yang membincang tentang jenis gaya kepimpinan dan motivasi di luar negara, namun, kajian berkaitan dengan jenis gaya  kepimpinan dan motivasi dalam kalangan jururawat di Malaysia masih sangat terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara jenis gaya kepimpinan dan motivasi dalam kalangan jururawat yang berfokus di negeri Pulau Pinang. Seramai 100 orang responden telah berjaya terlibat dalam kajian ini dengan keadah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik secara dalam talian. Pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan keratan rentas telah digunakan. Data yang berkaitan dengan persepsi jururawat terhadap jenis-jenis gaya kepimpinan dan tahap motivasi jururawat dikumpul untuk mencapai objektif kajian. Selain itu, hipotesis kajian adalah untuk menentukan gaya kepimpinan mempunyai pengaruh signifikan terhadap motivasi ke atas jururawat. Diharapkan keputusan kajian ini akan memberi implikasi kepada pihak organisasi untuk membentuk persekitaran kerja yang lebih baik kepada jururawat dan bagi meningkatkan motivasi serta kualiti jururawat di Pulau Pinang.

Kata kunci: Motivasi, gaya kepimpinan transformasi, gaya kepimpinan transaksional, gaya kepimpinan Laissez-faire

Published
2023-01-31
How to Cite
Zi-Huang, O., & Selamat, M. N. (2023, January 31). Hubungan Antara Gaya Kemimpinan Dengan Motivasi Dalam Kalangan Jururawat di Pulau Pinang. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1-6. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/519