Meneroka Cabaran Warga Emas Tinggal Bersendirian dan Program Exer-Games Semasa Pandemik COVID-19

Exploring the Challenges of Seniors Living Alone and the Exer-Games Program During COVID-19 Pandemic

  • Nurfatirahanis Zakri
  • Khadijah Alavi
Keywords: cabaran, warga emas, kesunyian, program exer-games, program keagamaan

Abstract

ABSTRAK

Pandemik COVID-19 melanda dunia dan memberi impak kesunyian dalam kalangan warga emas di Malaysia. Pengasingan sosial dan penjarakan fizikal menyebabkan warga emas tinggal bersendirian di rumah. Justeru, kajian ini meneroka program sokongan exer-games bagi sokongan sosial dalam kalangan warga emas tinggal bersendirian di rumah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual tidak berstruktur secara bertulis. Enam orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Satu lokasi di negeri Perak telah dipilih iaitu di daerah Kinta, Perak. Data temubual tidak berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati bahawa majoriti warga emas lebih memilih menyertai program keagamaan. Program keagamaan menjadi keutamaan berbanding program exer-games. Cadangan program yang boleh dilakukan kepada warga emas adalah untuk memperbanyakkan lagi program berbentuk keagamaan yang boleh menarik minat warga emas untuk menyertai. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan warga emas lebih memikirkan hal ehwal akhirat berbanding keduniaan sewaktu di usia senja mereka. Program lain selain dari keagamaan seperti program kesihatan, senamrobik dan lain-lain tidak dapat menarik perhatian warga emas untuk menyertai program-program tersebut.

Kata kunci: cabaran, warga emas, kesunyian, program exer-games, program keagamaan

Published
2023-01-31
How to Cite
Zakri, N., & Alavi, K. (2023, January 31). Meneroka Cabaran Warga Emas Tinggal Bersendirian dan Program Exer-Games Semasa Pandemik COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1-11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/521