Amalan Pembayaran Tanpa Tunai Oleh Masyarakat Luar Bandar: Antara Persepsi dan Realiti

Cashless Payment Practices by Rural Communities: Between Perception and Reality

  • Nur Syazwani Norezam
  • Zanisah Man
Keywords: Masyarakat digital, perubahan sosial, modenisasi, masyarakat tanpa tunai, e-dompet

Abstract

ABSTRAK 

Perubahan dalam sistem kewangan dunia dilihat semakin rancak seiring dengan kemajuan infrastruktur teknologi. Malaysia juga tidak terkecuali sedang mengalami perubahan dalam sistem kewangan apabila kebanyakan pembayaran dan perkhidmatan melibatkan sistem tanpa tunai. Sistem pembayaran secara tunai telah beralih kepada sistem tanpa tunai iaitu tidak lagi menggunakan mata wang dalam kehidupan seharian. Sistem ini sedang diterima pakai dan diaplikasikan di seluruh dunia dengan menggunakan pelbagai kaedah yang berbeza. Namun begitu, amalan pembayaran tanpa tunai ini tidak akan mampu dilaksanakan dengan baik sekiranya ramai golongan masyarakat di luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada internet dan mempunyai teknologi yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi masyarakat luar bandar terhadap amalan pembayaran tanpa tunai dan realiti amalan tersebut dalam kalangan masyarakat luar bandar. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menggunakan teknik pengumpulan data melalui temu bual semi struktur dan kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa ramai golongan masyarakat luar bandar telah mengamalkan amalan pembayaran tanpa tunai walaupun penggunaannya di kawasan tempat tinggal mereka agak sedikit. Namun realitinya, mereka memahami bahawa dalam sistem pembayaran ini, ia terdedah kepada risiko kebocoran data dan kehilangan maklumat peribadi sekiranya telefon bimbit dicuri. Kesimpulannya, meskipun terdapat risiko dalam penggunaan tanpa tunai, ia masih diterima baik oleh masyarakat luar bandar secara meluas disebabkan oleh faedahnya.

Kata kunci: Masyarakat digital, perubahan sosial, modenisasi, masyarakat tanpa tunai, e-dompet

Published
2023-01-31
How to Cite
Norezam, N. S., & Man, Z. (2023, January 31). Amalan Pembayaran Tanpa Tunai Oleh Masyarakat Luar Bandar: Antara Persepsi dan Realiti. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/522