Kawalan Sosial Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak Dalam Penglibatan Pornografi

Parents' Social Control Over Children in Pornography

  • Siti Mapuzah Mohammed Ali
  • Azlina Abdullah
Keywords: kawalan sosial, kawalan sosial informal, pornografi, ibu bapa, anak-anak

Abstract

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan tentang peranan ibu bapa sebagai agen kawalan sosial terhadap penglibatan anak-anak dalam pornografi. Ibu bapa sememangnya merupakan agen kawalan sosial yang penting untuk menjalankan sosialisasi kepada anak-anak untuk mengajarkan nilai dan norma. Objektif kajian ini ialah (i) Mengenalpasti tahap pengetahuan ibu bapa mengenai penglibatan anak- anak dalam pornografi, dan (ii) Mengenalpasti bentuk kawalan sosial informal yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal penglibatan pornografi anak-anak. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada 120 orang responden iaitu ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah menengah di Kampung Pendamar, Klang, Selangor. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Data survei yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan analisis statistik inferensi menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati ibu bapa mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai penglibatan anak-anak dalam pornografi dari aspek masa dan kekerapan anak menonton pornografi, namun pengetahuan ibu bapa tinggi dari aspek umum dan impak pornografi kepada anak-anak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa lebih menggunakan pendekatan kawalan sosial informal iaitu hukuman (bentuk negatif) iaitu memukul dan pujukan (bentuk tidak langsung) iaitu menasihati dalam mengawal penglibatan anak-anak daripada pornografi. Kesimpulannya, ibu bapa perlu meningkatkan pengetahuan tentang penglibatan anak-anak dalam pornografi dan mempelbagaikan jenis kawalan sosial informal.

Kata kunci: kawalan sosial, kawalan sosial informal, pornografi, ibu bapa, anak-anak

Published
2023-01-31
How to Cite
Mohammed Ali, S. M., & Abdullah, A. (2023, January 31). Kawalan Sosial Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak Dalam Penglibatan Pornografi. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/523