Meneroka Strategi Daya Tahan Dalam Kalangan Bapa Tunggal : Kajian Kes Di Selangor

Exploring the Resilience Strategies Among Single Fathers: A Case Study in Selangor

  • Tengku Syuhada Elissa T engku Adam Azli
  • Khadijah Alavi
Keywords: bapa tunggal, strategi, daya tahan, perceraian, temu bual

Abstract

ABSTRAK

Pandemik COVID-19 telah memberikan impak dalam keharmonian dan kestabilan rumah tangga dalam kalangan pasangan suami isteri. Faktor ekonomi menjadi punca utama kepada berlakunya peningkatan kes perceraian kerana perlu memenuhi keperluan dan perbelanjaan hidup yang semakin mencabar. Manakala perceraian mati disebabkan oleh faktor kesihatan diri yang menurun. Jesteru itu, kajian ini meneroka strategi daya tahan dalam kalangan bapa tunggal akibat perceraian dalam menguruskan kehidupan seharian dan anak-anak. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual berstruktur secara bertulis. Enam orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan Snow Ball (Bola Salji). Lokasi yang dipilih adalah di negeri Selangor. Data temu bual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati lima isu utama yang dialami oleh informan kajian. Antara isu yang sering dialami oleh golongan bapa tunggal dalam kehidupan seharian adalah pertambahan peranan dalam memenuhi keperluan anak-anak terutamanya bagi anak perempuan, penyesuaian dan kefahaman majikan di tempat kerja, kesukaran perolehi bantuan sokongan dan kewangan, kesunyian di rumah dan sikap negatif masyarakat. Implikasi kajian mencadangkan modul smart kebapaan perlu dibentuk bagi membantu psikososial dalam kalangan bapa tunggal.

Kata kunci: bapa tunggal, strategi, daya tahan, perceraian, temu bual

 

ABSTRACT 

The COVID-19 pandemic has had an impact on marital harmony and stability among married couples. Economic factors are the main cause when there is an increase in divorce to meet the needs and expenses of increasingly challenging living. While divorce dies due to declining personal health factors. Therefore, this study explores resilience strategies among single fathers as a result of divorce in managing daily life and children. Structured interviews in writing were used to perform this study, which was a qualitative method. Using the snowball sampling technique, six informants were chosen for this investigation. In the state of Selangor, the chosen place is located. Thematic analysis of structured interview data revealed five major challenges faced by the participants in the study. The increased role in fulfilling the needs of children, especially for daughters; adjustment and understanding of employers at work; difficulties in obtaining support and financial aid; loneliness at home and negative attitudes in society are all issues that single fathers experience on a daily basis. Implications of the study suggest a smart fatherhood module ought to be develop to assist psychosocial among single fathers.

Keywords: single fathers, strategies, resilience, divorce, interviews

 

Published
2023-03-29
How to Cite
engku Adam Azli, T. S. E. T., & Alavi, K. (2023, March 29). Meneroka Strategi Daya Tahan Dalam Kalangan Bapa Tunggal : Kajian Kes Di Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 7(2), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/524