Amalan Pembelian Barangan Rasmi Dalam Kalangan Mahasiswa Di Universiti Kebangsaan Malaysia

Purchase Practice of Official Merchandise Among Students in Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Nur Alia Hanisya Mohd Anuar
  • Zanisah Man
Keywords: konsumerisme, pengaruh sosial, tingkahlaku sosial, barangan rasmi, kelas sosial

Abstract

ABSTRAK 

Perluasan pengeluaran komoditi oleh golongan kapitalis telah berkembang sejak tercetusnya zaman perindustrian. Kewujudan golongan kapitalis telah menyebabkan pengeluaran barangan secara besar besaran kepada pengguna dan menjadi punca kepada berkembangnya sebuah pemikiran mengenai perbelanjaan dalam kalangan masyarakat. Namun, amalan pembelian barangan rasmi ini semakin menjadi pilihan dan diasosiasikan dengan gaya hidup mewah kepada peminat tegar yang tergolong dalam kalangan belia. Justeru, wujudnya persoalan tentang faktor samaada golongan ini mempunyai kesedaran tentang amalan konsumerisme yang dilakukan oleh mereka. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti, menganalisis serta menghuraikan fenomena konsumerisme melalui amalan pembelian, jenis, cabaran dan kesannya terhadap sesetengah masyarakat pada hari ini. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan temu bual semi-struktur. Informan kajian terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang melakukan amalan pembelian barangan rasmi. Hasil kajian mendapati bahawa kesedaran masyarakat dalam amalan pembelian adalah berdasarkan faktor-faktor yang tertentu seperti pengetahuan, nilai dan fungsi barangan rasmi. Selain itu, penyelidikan ini juga mendapati bahawa terdapat cabaran yang dihadapi oleh informan dalam tempoh masa pemilikan barangan rasmi tersebut. Kesimpulannya, masyarakat moden kini mempunyai kebebasan dalam memiliki barangan rasmi disebabkan oleh kesedaran terhadap hak kepenggunaan yang semakin baik.

Kata kunci: konsumerisme; pengaruh sosial; tingkahlaku sosial;barangan rasmi; kelas sosial

 

ABSTRACT

The expansion of commodity production by the capitalists has grown since the onset of the industrial age. The existence of the capitalist has led to the mass production of goods to consumers and has been the cause of the development of ideas about spending and purchasing in society. However, the practice of buying official merchandise is becoming an option and is associated with a luxurious lifestyle especially to hardcore fans. Thus, there is a question about the factors of whether this group has an awareness of the consumerism practices practiced by them. This research aims to identify, analyze, and describe the phenomenon of consumerism through purchasing practices, types, challenges, and its impact on society today. This research uses a qualitative approach with data collection techniques through literature review and semi- structured interviews. The informants of the study consisted of Universiti Kebangsaan Malaysia students who practiced the purchase of official merchandise. The results of the study found that awareness in purchasing practices is based on certain factors such as knowledge, value, and function of official merchandise. In addition, this research also found that there were challenges faced by the informants during the period of time for ownership of the official merchandise. In conclusion, modern society now has the freedom in owning official merchandise due to the increasing awareness of consumer rights. 

Keywords: consumerism; official merchandise; social class; culture; social changes

Published
2023-03-29
How to Cite
Mohd Anuar, N. A. H., & Man, Z. (2023, March 29). Amalan Pembelian Barangan Rasmi Dalam Kalangan Mahasiswa Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 7(2), 1-9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/529