Persepsi Pengundi Terhadap Isu Politik Di Kawasan DUN Muadzam Shah, Rompin, Pahang

Voter Perception of Political Issues in the Area of State Legislative Assembly of Muadzam Shah, Rompin, Pahang

  • Nor Najihah Zafari
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: Persepsi, pengetahuan dan pemahaman politik, pilihan politik, pengundi, parti politik

Abstract

ABSTRAK

Persepsi pengundi dilihat banyak mempengaruhi undian mereka dalam membuat keputusan untuk memilih calon pilihan raya mereka. Masyarakat kini lebih memilih untuk mengundi berdasarkan pandangan dan kepercayaan mereka terhadap calon tersebut. Justeru, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis persepsi pengundi terhadap isu politik di kawasan DUN Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan kepada soal selidik, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Teknik menganalisis data kajian ini menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa hanya 38% sahaja pengundi yang mengambil tahu isu politik di kawasan mereka. Pengaruh media telah mengubah pesepsi pengundi mengenai politik serta mempengaruhi pengetahuan dan meningkatkan kecenderungan untuk mereka keluar mengundi. Hasil kajian juga mendapati media 38% dan sistem pendidikan 36% merupakan faktor yang paling mempengaruhi persepsi mereka mengenai isu politik. Dapat dilihat hampir 80% telah memberi kesan kepada persepsi pengundi terhadap sokongan kepada parti politik yang mereka pilih. Faktor paling utama yang paling mempengaruhi pengundi membuat pilihan untuk mengundi adalah calon iaitu sebanyak 31%. Oleh itu, dapat dilihat persepsi sesebuah parti pilihan raya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pengundi. Kesimpulannya, kepentingan kajian ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta dapat dijadikan sebagai panduan serta rujukan kepada pihak berkaitan.

Kata kunci: Persepsi, pengetahuan dan pemahaman politik, pilihan politik, pengundi, parti politik 

 

ABSTRACT

Voters' perceptions are seen to greatly influence their votes in making the decision to choose their election candidate. The public now prefers to vote based on their views and beliefs towards the candidate. Therefore, the purpose of this study is to analyze voters' perceptions of political issues in the Muadzam Shah state legislative assembly constituency, Rompin, Pahang. This study uses data collection methods based on questionnaires, interviews, field observations, library research and online research. Techniques to analyse data using Statistical Package for Social Science (SPSS) software. The results of the study found that only 38% of voters were aware of political issues in their constituency. The influence of the media has changed voters' perceptions of politics as well as influenced knowledge and increased the propensity for them to go out to vote. The results of the study also found that 38% media and 36% education system were the factors that most influenced their perceptions of political issues. It can be seen that almost 80% have affected voters' perceptions of support for their chosen political party. The most important factor influencing voters to choose to vote is the candidate which is 31%. Therefore, it can be seen that the perception of an electoral party plays a big role in influencing voters. In conclusion, the importance of this study can increase knowledge and can be used as a guide and reference to relevant parties.

Keywords: Perception, political knowledge and understanding, political choice, voters, political party

Published
2023-03-29
How to Cite
Zafari, N. N., & Awang Besar, J. (2023, March 29). Persepsi Pengundi Terhadap Isu Politik Di Kawasan DUN Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 7(2), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/530