Hubungan Antara Personaliti dan Insomnia dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia

he Relationship Between Personality and Insomnia Among Undergraduate Students of Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Muhammad Irfan Haqim Zaini
  • Mohd Nasir Selamat
Keywords: Personaliti, Insomnia, Masalah Tidur, Big-5 Personality Test, Bergen Insomnia Scale

Abstract

ABSTRAK 

Insomnia merupakan salah satu bentuk gangguan tidur. Secara umumnya insomnia ialah simptom kesukaran untuk memulakan dan mengekalkan tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti dan dikaitkan dengan kesan yang tidak baik pada siang hari. Kajian mendapati kumpulan pelajar universiti antara kumpulan yang mengalami masalah insomnia hingga memberi kesan sampingan kepada pelajar. Perasaan tertekan dan mudah letih serta seterusnya memberi impak kepada prestasi pembelajaran pelajar adalah disebabkan insomnia ini. Antara faktor-faktor yang mampu mempengaruhi risiko seorang individu untuk mengalami insomnia adalah jenis personaliti individu itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara personaliti dan insomnia dalam kalangan pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 120 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan edaran borang soal selidik secara atas talian (platform Google Form) untuk mendapatkan data daripada responden. Data-data yang berkaitan dengan personaliti dan insomnia dikumpul untuk dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak kaunselor dan pelajar universiti dalam menangani atau mengelakkan masalah tidur iaitu insomnia. Langkah intervensi dan penyelesaian masalah insomnia wajar diberikan perhatian segera. Di samping itu, sumbangan lain kepada pihak UKM juga mampu melahirkan paragraduan yang berpotensi tinggi dan mempunyai personaliti yang terbilang.

Kata kunci: Personaliti, Insomnia, Masalah Tidur, Big-5 Personality Test, Bergen Insomnia Scale

 

ABSTRACT

Insomnia is one form of sleep disorder. Generally insomnia is a symptom of difficulty in initiating and maintaining sleep or not getting quality sleep and is associated with adverse effects during the day. The study found that the group of university students among the group who suffer from insomnia to have side effects on students. Feeling stressed and easily tired and in turn impacting the learning performance of students is due to this insomnia. Among the factors that can influence an individua’s risk of developing insomnia is the personality type of the individual himself. Therefore, this study aims to identify the relationship between personality and insomnia among undergraduate students at National University of Malaysia (UKM). A total of 120 respondents were involved in this study which used a quantitative approach and the distribution of online questionnaires (Google Form platform) to obtain data from respondents. Data related to personality and insomnia were collected for analysis to achieve the objectives of the study. The results of this study are expected to help counselors and university students in dealing with or avoiding sleep problems such as insomnia. Insomnia intervention and resolution measures deserve immediate attention. In addition, other contributions to the UKM are also able to produce graduates with high potential and have a distinguished personality.

Key Word: Personality, Insomnia, Sleep Problems, Big-5 Personality Test, Bergen Insomnia Scale

Published
2023-03-29
How to Cite
Haqim Zaini, M. I., & Selamat, M. N. (2023, March 29). Hubungan Antara Personaliti dan Insomnia dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 7(2), 1-10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/531