Intervensi Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Hiv/Aids: Pengalaman Dan Cabaran Keterlibatan Komuniti Nelayan Kuala Perlis, Perlis

Drug and HIV/AIDS Prevention Interventions: Experience and Challenges Involvement of the Fishermen Community Kuala Perlis, Perlis

  • Alya Ardini Hairul Aziz
  • Ezarina Zakaria
Keywords: Intervensi pencegahan dadah dan HIV/AIDS, cabaran penglibatan, pendekatan komuniti (community-based approach), penyalahgunaan dadah, komuniti nelayan

Abstract

ABSTRAK

Penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS menjadi isu sosial yang dibimbangi termasuk di Malaysia kerana berlaku tanpa mengira umur, bangsa, latar belakang pendidikan, pendapatan mahupun bidang pekerjaan. Isu ini memberi kesan yang buruk kepada komuniti yang rentan. Maka, keperluan pelaksanaan intervensi secara komprehensif menjadi amat penting sebagai langkah awal pencegahan penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS daripada terus menular dalam komuniti. Penerokaan cabaran penglibatan menjadi aspek penting untuk memahami senario yang membataskan penglibatan komuniti dalam intervensi yang dijalankan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka cabaran yang dihadapi oleh komuniti nelayan untuk terlibat dalam intervensi pencegahan penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS berasaskan komuniti. Lokasi kajian adalah di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif (fenomenologi). Seramai 10 orang komuniti nelayan telah dipilih sebagai informan kajian. Pengumpulan data dijalankan secara temu bual bersemuka dan analisis tematik digunakan bagi menganalisis data kajian. Hasil kajian mendapati terdapat empat cabaran yang membataskan penglibatan komuniti nelayan dalam intervensi pencegahan iaitu i) komitmen terbatas, ii) kurang tahap keyakinan diri, iii) kekurangan sumber logistik dan iv) faktor cuaca: fenomena air pasang. Batasan penglibatan dalam intervensi pencegahan dapat diatasi dengan adanya sokongan padu daripada wakil rakyat Kuala Perlis serta pelaksanaan intervensi berasaskan pendekatan komuniti (community-based). Kajian yang dijalankan dapat membantu pihak pelaksana intervensi memahami isu sosial dalam komuniti rentan seterusnya dapat menghasilkan polisi yang dinamik bagi membanteras isu penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS. Selain itu, kajian ini juga turut menyumbang kepada penambahan dan pemantapan literatur dalam disiplin yang dikaji. Akhir sekali, diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu penyelidik akan datang untuk menjalankan kajian menggunakan survei melibatkan penyertaan komuniti yang lebih luas.

Kata Kunci: Intervensi pencegahan dadah dan HIV/AIDS, cabaran penglibatan, pendekatan komuniti (community-based approach), penyalahgunaan dadah, komuniti nelayan.

 

ABSTRACT

Drug abuse and HIV/AIDS are the social issues that are considered including in Malaysia because it occurs regardless of age, race, educational background, income or occupation. This issue adversely affects vulnerable communities. Therefore, the need for comprehensive intervention to be implemented is very important as a first step in preventing drug abuse and HIV/AIDS from continuing to spread in the community. Exploring the challenges of engagement is an important aspect of understanding scenarios that limit community involvement in interventions undertaken. Therefore, this study was conducted to explore the challenges faced by the fishing community to participate in community-based drug abuse prevention and HIV/AIDS interventions. The study location is located in Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis. This study uses qualitative methods (phenomenology). A total of 10 fishermen's communities have been selected as study informants. Data collection is conducted in face-to-face interviews and thematic analysis is used to analyze the study data. The results showed that there are four challenges that limit the involvement of the fishing community in preventive interventions i) limited commitment, ii) lack of self-confidence, iii) lack of logistical resources and iv) weather factor: tidal phenomenon. The limitations of involvement in preventive interventions can be overcome with the strong support from representatives of the people of Kuala Perlis as well as the implementation of community-based interventions. The study can help the implementers understand social issues in vulnerable communities and can result in dynamic policing to address the issue of drug abuse and HIV/AIDS. In addition, this study also contributed to the addition and strengthening of literature in the disciplines studied. Finally, it is hoped that this study can help future investigators to conduct studies using surveys involving broader community participation.

Keywords: Drug prevention and HIV/AIDS interventions, involvement challenges, community-based approach, drug abuse, fishing communities.

Published
2023-04-06
How to Cite
Hairul Aziz, A. A., & Zakaria, E. (2023, April 6). Intervensi Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Hiv/Aids: Pengalaman Dan Cabaran Keterlibatan Komuniti Nelayan Kuala Perlis, Perlis. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/535