Adat Perpatih di Luak Johol, Negeri Sembilan: Peranan Ibu Soko

Adat Perpatih in Luak Johol, Negeri Sembilan: The Role of Ibu Soko

  • Nurlisa Syuhada Mohd Radzi
  • Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff
Keywords: Matrilineal, Lembaga, Undang, Kodim, Ibu Soko

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini mengenai peranan Ibu Soko dalam adat Perpatih di Luak Johol, Negeri Sembilan. Ibu Soko adalah satu panggilan yang digunakan dalam adat Perpatih yang merujuk kepada wanita yang paling berpengetahuan dan berpengalaman tentang perjalanan adat. Ibu Soko juga adalah inidividu yang tertua dalam suku yang tahu, faham serta hafal tentang adat. Kini peranan Ibu Soko semakin pudar dan ramai yang tidak mengenalinya. Objektif kajian ini menjelaskan peranan Ibu Soko pada masa kini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah ini menggunakan teknik kajian lapangan dan kajian keperpustakaan. Kajian lapangan menggunakan cara pemerhatian serta melakukan temu bual berfokus. Kajian keperpustakaan pula digunakan bagi menambah dan menyokong data dalam bentuk sekunder. Data yang dikumpul perlu diproses dan disaring menggunakan teknik analisis tematik dan teknik interprestasi. Hasil penemuan data didapati bahawa terdapat tiga pecahan dalam peranan Ibu Soko iaitu peranan dalam masyarakat, organisasi dan individu. Sumbangan kajian ini diharapkan dapat menambah lagi kefahaman kepada pelbagai pihak terutama generasi muda, mengekalkan identiti serta jati diri dalam memahami dan menghargai adat agar tidak dilupakan dan ditelan zaman. 

Kata kunci: Matrilineal, Lembaga, Undang, Kodim, Ibu Soko.

 

 ABSTRACT

This study is about the role of Ibu Soko in adat Perpatih in Luak Johol, Negeri Sembilan. Ibu Soko is a nickname used in the adat Perpatih which refers to the most knowledgeable and experienced women about customary travel. Ibu Soko is also the oldest individual in the tribe who knows, understands and memorizes adat. Now Ibu Soko's role is fading and many do not recognize her. The objective of this study is to explain the role of Ibu Soko in the present. This research uses qualitative methods. This method uses field research techniques and library research. The field study used observational methods as well as conducting focused interviews. Library research is used to add and support data in secondary form. The data collected needs to be processed and filtered using thematic analysis techniques and interpretation techniques. The results of the data found that there are three fractions in the role of Ibu Soko, namely the role in society, organization and individual. The contribution of this study is expected to add more understanding to various parties, especially the younger generation, maintain identity and identity in understanding and appreciating adat so that they are not forgotten and swallowed by time.

Keywords: Matrilineal, Lembaga, Undang, Kodim, Ibu Soko.

 

Published
2023-06-29
How to Cite
Mohd Radzi, N. S., & Mohd Yusoff, M. Y. (2023, June 29). Adat Perpatih di Luak Johol, Negeri Sembilan: Peranan Ibu Soko. Jurnal Wacana Sarjana, 7(3), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/538