Pantai Merdeka sebagai Pantai Pelancongan Mesra Keluarga dalam Pelancongan Luar Bandar

  • Shakiroh Saad
  • Habibah Ahmad
  • Hamzah Jusoh
  • Kadaruddin Aiyub
  • Noraza Ahmad Zabidi

Abstract

ABSTRAK

 

Sektor pelancongan merupakan sektor yang sangat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Pelancongan pantai adalah merupakan salah satu tarikan yang unik dalam industri ini kerana keadaan pantai semula jadi yang cantik telah menarik minat pelancong baik dari dalam maupun dari luar negara untuk datang melancong ke negara ini. Pengenalan konsep pantai pelancongan mesra keluarga merupakan satu strategi pelancongan dalam membangunkan sesebuah pantai yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk kepuasan seisi keluarga apabila memilih pantai sebagai destinasi bercuti. Malah pembangunan pantai di di kawasan luar bandar juga perlu diberi perhatian dalam membangunkan sesebuah kawasan. Dalam negara-negara membangun, pelancongan pantai di kawasan bandar lebih menjadi tumpuan dalam kalangan pelancong domestik mahupun luar negara ekoran daripada fungsi bandar yang pelbagai dan aktiviti promosi yang giat dijalankan untuk tarikan pelancong berbanding pantai-pantai di kawasan luar bandar. Namun begitu, terdapat pantai-pantai di luar bandar juga mempunyai daya saing untuk dibangunkan. Hal ini dapat dinilai melalui   jumlah kedatangan pengunjung yang ketara dalam pelancongan pantai di luar bandar dengan bajet yang berpatutan. Namun, kajian mengenai pantai pelancongan mesra keluarga dalam pelancongan luar bandar seperti Pantai Merdeka masih kurang diselidiki. Malah banyak lagi pantai-pantai di luar bandar yang berpotensi untuk pembangunan pelancongan. Namun masih kurang dimajukan potensi pelancongan sedia ada. Kajian ini bertujuan untuk melihat penawaran oleh Pantai Merdeka sebagai pantai pelancongan mesra keluarga dalam pelancongan luar bandar.   Berdasarkan kaedah persampelan purposive, sebanyak 300 pelancong domestik telah memberikan kerjasama dalam kajiselidik ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada dimensi aktiviti, produk, ruang dan governans dalam menentukan tahap pantai pelancongan mesra keluarga. Hasil kajian mendapati keseluruhan atribut menyumbang dalam membangunkan konsep pantai pelancongan mesra keluarga.   Kajian ini mendapati pelancong menerima  Pantai Merdeka sebagai pantai pelancongan mesra keluarga apabila diaplikasikan dalam pelancongan luar bandar. Dicadangkan konsep ini digunapakai bukan sahaja untuk memenuhi pihak penyedia pelancongan tetapi juga untuk memenuhi keperluan pelancong di peringkat local dan juga di kawasan luar bandar.   

 

Katakunci: Pantai pelancongan mesra keluarga, dimensi aktiviti, produk, ruang dan governans

 

 

ABSTRACT

 

The tourism sector is a very important sector in driving economic growth. Beach tourism is one of the unique attractions in this industry. The beautiful natural beaches have attracted tourists both locals and internationals to travel to this country. The introduction of family-friendly beach tourism is seen as a strategy to develop coastal facilities to satisfy the families when choosing beach vacation destination. However, coastal development in the rural areas is also needed to be developed. In developing countries, coastal tourism in urban areas is more focused of both domestic and overseas due to a variety of urban functions and promotional activities underway to tourist attractions than beaches in the rural areas. However, there are beaches outside the city also has the competitiveness to be developed. This can be proven through a significant number of arrivals in coastal tourism in rural areas.  Nevertheless, issues on family-friendly beach tourism in rural tourism such as Pantai Merdeka are rarely investigated.  This study aims to uncover to what extent the Pantai Merdeka can be offered as as a family-friendly beach tourism in rural tourism. This assessment focuses on tourists and Pantai Merdeka, Kedah as the study area. Based on a purposive sampling, a total 300 domestic tourists have cooperated in this survey. This study focuses on the dimensions of activities, products, space and governance. The study found that all attributes contributd to the development of the family-friendly tourist beach.   This study found that visitors accepted that the Pantai Merdeka as a family-friendly tourist beach when applied in rural tourism. The proposed concept is applicable not only in the tourism providers’ system but also in meeting the  tourists’ needs both locals and  rural areas.

 

Keywords: Beach family-friendly tourism, the dimensions of activities, products, space and government.

Published
2017-12-30
How to Cite
Saad, S., Ahmad, H., Jusoh, H., Aiyub, K., & Ahmad Zabidi, N. (2017, December 30). Pantai Merdeka sebagai Pantai Pelancongan Mesra Keluarga dalam Pelancongan Luar Bandar. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/54