Hubungan Antara Trauma Zaman Kanak-kanak dan Kesediaan Perkahwinan Dalam Kalangan Kemunculan Dewasa di Selangor

The Relationship Between Childhood Trauma and Marriage Readiness Among Emerging Adulthood in Selangor

  • Nur Afrina Zulaikha Abdul Rahman
  • Suzana Mohd Hoesni
Keywords: trauma zaman kanak-kanak, kesediaan perkahwinan, , kemunculan dewasa, kahwin, Selangor

Abstract

ABSTRAK

Trauma zaman kanak-kanak merupakan salah satu faktor psikologi penting yang berkait dengan kesediaan untuk berkahwin. Maka, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara trauma zaman kanak-kanak dan kesediaan perkahwinan dalam kalangan kemunculan dewasa di Selangor. Terdapat 60 orang responden yang berumur 18 hingga 29 tahun telah terlibat dalam kajian rintis, di mana mereka menetap di Selangor dan dipilih melalui persampelan mudah. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang meliputi alat ujian Childhood-Trauma Questionnaire - Short Form (CTQ-SF) oleh Bernstein et al. (2003) bagi penilaian trauma zaman kanak-kanak dan Criteria for Marriage Readiness Questionnaire (CMRQ) oleh Carroll et al. (2009) untuk pengukuran kesediaan perkahwinan. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan trauma zaman kanak-kanak dan kesediaan perkahwinan mempunyai hubungan negatif yang sederhana dan signifikan, r= -0.452**, p < 0.01. Hasil analisis ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan bahawa min trauma zaman kanak-kanak bagi perempuan (M = 52.92, SP = 11.09) adalah lebih tinggi berbanding lelaki (M = 52.86, SP = 9.37) secara tidak signifikan dengan t (58) = -0.015, p > 0.05. Selain itu, hasil ujian-t menunjukkan min kesediaan perkahwinan perempuan (M = 144.15, SD = 12.05) juga lebih tinggi daripada lelaki (M = 142, SD = 8.94) secara tidak signifikan dengan t (58) = -0.454, p > 0.05. Dapatan kajian mencadangkan bahawa trauma zaman kanak-kanak yang dialami oleh kemunculan dewasa sangat memainkan peranan dalam kesediaan perkahwinan mereka kelak. Kajian pada masa hadapan disarankan untuk memperluas saiz sampel dengan pelbagai faktor serta tempat di Malaysia agar dapat menghasilkan data yang lebih dipercayai.

Kata kunci: trauma zaman kanak-kanak, kesediaan perkahwinan, kemunculan dewasa, kahwin, Selangor

 

ABSTRACT

Childhood trauma is one of the important psychological factors associated with the readiness to marry. Therefore, this study aims to determine the relationship between childhood trauma and marriage readiness among emerging adults in Selangor. There were 60 respondents aged 18 to 29 years involved in the pilot study, where they resided in Selangor and were selected through convenience sampling. Data was collected using a questionnaire that included the Childhood-Trauma Questionnaire - Short Form (CTQ-SF) test tool by Bernstein et al. (2003) for the assessment of childhood trauma and the Criteria for Marriage Readiness Questionnaire (CMRQ) by Carroll et al. (2009) for the measurement of marriage readiness. Pearson's correlation analysis results show that childhood trauma and marriage readiness have a moderate and significant negative relationship, r= -0.452**, p < 0.01. The results of independent sample t-test analysis show that mean childhood trauma for women (M = 52.92, SP = 11.09) is higher than men (M = 52.86, SP = 9.37) non-significantly with t (58) = -0.015, p > 0.05. In addition, the results of the t-test showed that the mean readiness for marriage of women (M = 144.15, SD = 12.05) is also higher than that of men (M = 142, SD = 8.94) non-significantly with t (58) = -0.454, p > 0.05. Research findings suggest that childhood trauma experienced by emerging adults plays a role in their readiness for marriage later. Future studies are recommended to expand the sample size with various factors and places in Malaysia in order to produce more reliable data.

Keywords: childhood trauma, marriage readiness, emerging adulthood, marriage, Selangor

Published
2023-06-30
How to Cite
Abdul Rahman, N. A. Z., & Mohd Hoesni, S. (2023, June 30). Hubungan Antara Trauma Zaman Kanak-kanak dan Kesediaan Perkahwinan Dalam Kalangan Kemunculan Dewasa di Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 7(3), 1-15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/542