Geografi Pilihan Raya Dalam Pilihan Raya Umum 15 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Jerantut, Pahang

The Electoral Geography in General Elections 15th in State Legislative Assembly Area of Damak, Jerantut, Pahang

  • Farah Humaira Jamalludin
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: geografi pilihan raya, politik kewilayahan, tingkah laku politik, partisipasi politik, persepsi politik

Abstract

ABSTRAK

Geografi pilihan raya merupakan bidang kajian yang menarik untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat disebabkan bidang kajian tersebut meliputi pelbagai aspek yang berbeza antaranya ialah kawasan, persempadanan, kependudukan, pembangunan dan pengaruh ekonomi terhadap trend politik kewilayahan. Kesemua aspek yang dikaji boleh memberi kesan kepada keputusan pilihan raya seperti aspek kawasan dan manusia akan berinteraksi dengan siapa atau di mana mereka berada. Geografi pilihan raya juga mempunyai pelbagai aspek lain yang boleh dikaji dan aspek tersebut boleh memberi kesan kepada sesuatu keputusan pilihan raya. Justeru, adalah menjadi tujuan artikel ini ditulis untuk mengkaji berkaitan dengan geografi pilihan raya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di kawasan DUN Damak, Jerantut, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian mendapati bahawa antara isu yang dominan dipilih oleh responden ialah berkaitan dengan pemulihan ekonomi/harga barang/inflasi/kos sara hidup iaitu seramai 84 peratus. Seterusnya, 64 peratus responden menyatakan bahawa mereka tidak berminat dengan politik disebabkan oleh pelbagai sebab antaranya adalah kerana politik merupakan perkara yang rumit dan 36 peratus menunjukkan minat terhadap politik kerana ingin mengetahui cara pemerintahan negara. Selain itu, 46 peratus responden menyatakan bahawa pertimbangan rasional merupakan pertimbangan utama semasa mengundi ketika PRU-15. Kesimpulannya, kajian ini merupakan perkara yang penting kerana boleh menambah ilmu pengetahuan, menambah data dalam kajian geografi pilihan raya dan boleh dijadikan rujukan kepada parti politik serta kerajaan agar boleh melihat isu dan permasalahan yang berlaku supaya boleh melengkapkan keperluan rakyat di sesebuah kawasan dengan sebaik mungkin.

Kata kunci: geografi pilihan raya, politik kewilayahan, tingkah laku politik, partisipasi politik, persepsi politik

 

ABSTRACT

Election geography is an interesting field study to be discussed among the community because the field of study covers various different aspects, including areas, demarcations, population, development and economic influence on regional political trends. All the aspects that are studied can have an impact on the election results such as the aspect of the area and people will interact with who or where they are. Election geography also has various other aspects that can be studied and those aspects can have an impact on an election result. Therefore, the purpose of writting this article is to investigate about geography of the election in 15th General Election (PRU-15) in area State Legislative Assembly (DUN) of Damak, Jerantut, Pahang. This study uses field data collection methods involving questionnaires, interviews, field observations and references to secondary sources. Data analysis is done through software the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 26.0. The results of the study found that among the issues that were chosen by respondents was related to economic recovery/prices of goods/inflation/cost of living which was 84 percent. Next, 64 percent of respondents stated that they are not interested in politics due to various reasons including that politics is a complicated matter and 36 percent showed an interest in politics because they want to know how the country is governed. In addition, 46 percent of respondents stated that rational consideration was the main consideration when voting during GE-15. In conclusion, this study is very important because it can increase knowledge, add related data in election geography field and can be used as a reference to a political party and government to see the issue and the problems that occur in order to complete the community’s needs in an area as best as possible.

Keywords: election geography, regional politics, political behavior, political participation, political perception

Published
2023-06-30
How to Cite
Jamalludin, F. H., & Awang Besar, J. (2023, June 30). Geografi Pilihan Raya Dalam Pilihan Raya Umum 15 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Jerantut, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 7(3), 1-24. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/545