Keupayaan Teksdealisme Dalam Mengangkat Keunggulan Karya Malim Ghozali: Gunung Cha

The Ability of Textualism in Elevating the Excellence of the Works of Malim Ghozali: Mount of Cha

  • Muhammad Hafizan Aliff Halimi
  • Che Abdullah Che Ya
Keywords: Teori Teksdealisme, Keunggulan, Novel, Prinsip, Malim Ghozali

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan Malim Ghozali menerusi novel Gunung Cha. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian ini dianalisis menerusi empat prinsip yang terdapat dalam Teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsip pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, keunggulan Malim Ghozali dalam prinsip kehadiran Teori Teksdealisme telah berjaya menghadirkan pengalaman melalui kehidupan masyarakat dan pengalaman melalui pengembaraan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Malim Ghozali berani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan serta pelanggaran dari segi watak dan perwatakan yang memberi pembaharuan idea dalam kepengarangannya. Prinsip pengukuhan pula, membuktikan kesungguhan Malim Ghozali dalam meningkatkan kualiti novel melalui pengukuhan nilai murni yang disampaikan melalui setiap peristiwa yang terkandung dalam karyanya. Di samping itu, bagi prinsip individualisme pula telah mengangkat cita-cita dan personaliti Malim Ghozali melalui stilistik dan persembahan novel yang dipengaruhi oleh ideologi realisme. Keunggulan kepengarangan Malim Ghozali dibuktikan hadir melalui pengalaman yang mencetuskan idea dengan pembaharuan serta dikukuhkan dengan nilai-nilai murni selain turut mempertingkatkan personaliti kepengarangan. Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas memahami proses kepengarangan dan membantu pembaca memilih karya yang unggul serta mendorong pengarang kini mempertingkatkan karya dengan menampilkan elemen penting dalam proses kepengarangan.

Kata kunci: Teori Teksdealisme, Keunggulan, Novel, Prinsip, Malim Ghozali

 

ABSTRACT

This study aims to identify and analyse the superiority of Malim Ghozali's authorship through the novel Mount of Cha. This study uses a qualitative research design with a literature method that is analysed descriptively. The basis and principles of this study are analysed through the four principles found in textualism theory: the presence principle, the violation principle, the strengthening principle, and the individualism principle. The findings of this study show that Malim Ghozali's excellence in the principle of the presence of textualism theory has successfully been presented through experiences in community life and travel. Similarly, the principle of violation that allows Malim Ghozali to dare to present violations of themes and questions, as well as violations in terms of character, gives a renewal of ideas in his authorship. The principle of strengthening, on the other hand, proves Malim Ghozali's earnestness in improving the quality of the novel through strengthening the virtues conveyed through every event contained in his work. In addition, for the principle of individualism, Malim Ghozali's ideals and personality have been raised through the stylistics and presentation of the novel, which have been influenced by the ideology of realism. enhance the author's personality. Thus, this study gives implications to researchers as a basis for understanding the authorship process, helps readers choose superior works, and encourages authors to improve their works by featuring important elements in the authorship process.

Keywords: Theory of Textualism, Excellence, Novel, Principles, Malim Ghozali

 

Published
2023-06-30
How to Cite
Aliff Halimi, M. H., & Che Ya, C. A. (2023, June 30). Keupayaan Teksdealisme Dalam Mengangkat Keunggulan Karya Malim Ghozali: Gunung Cha. Jurnal Wacana Sarjana, 7(3), 1-17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/546