Perniagaan Secara Atas Talian: Satu Kajian Perbandingan dengan Perniagaan Konvensional Secara Fizikal

Online business : Comparative studies with conventional physical business

  • Anne Magdalene Pakianathan
  • Aini Fatihah Roslam
  • Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar
  • Mohamad Syafiq Sulaiman
Keywords: COVID19, Perniagaan Atas Talian, Perniagaan Konvensional Fizikal, Perak, Malaysia

Abstract

ABSTRAK

Kepesatan kemajuan sains dan teknologi telah memberi peluang kepada pembangunan ekonomi dan sosial, namun, pandemik COVID19 yang melanda dunia pada akhir tahun 2019 hingga akhir 2021 telah menjadi pemangkin pada peralihan metod perniagaan secara drastik. Perniagaan yang berbentuk fizikal konvensional telah menjadi pilihan kedua masyarakat umum, terutamanya dalam kategori barangan seperti pakaian dan perabot. Perpindahan dari perniaagaan fizikal konvensional ke perniagaan atas talian telah memberikan pelbagai impak, sama ada positif dan juga negatif terhadap pembeli serta peniaga. Justeru, dengan menggunakan kaedah mod campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif, kajian ini mengenalpasti keberkesanan pengunaan aplikasi atas talian dan hubungan relatif dalam penjanaan pendapatan peniagaan. Soal selidik dan pemerhatian dilaksanakan di sekitar negeri Perak. Manakala kajian literatur komprehensif dilakukan berdasarkan literatur daripada sarjana- sarjana terdahulu yang mengkaji isu yang sama. Oleh itu, dapatan awal kajian menunjukkan bahawa perniagaan secara atas talian dan aplikasi tersebut mampu membantu masyarakat sekitar negeri Perak menjana pendapatan yang memuaskan. Kajian ini turut menawarkan cadangan bagi mengurangkan kelemahan yang terdapat dalam perniagaan secara atas talian, misalnya dengan membina aplikasi atas talian yang lebih mesra pengguna selain kerjasama lebih efektif antara pihak kurier.

Kata Kunci: COVID19, Perniagaan Atas Talian, Perniagaan Konvensional Fizikal, Perak, Malaysia

 

ABSTRACT

The rapid growth of science and technology has provided various opportunities for our economic and social development. However, the COVID19 pandemic hit nation wide from the late 2019 untill the end of 2021 has been a catalyst for drastric shift in business methods.Conventional physical business has now become the second option of the general public, especially in goods such as clothing and furniture.The transition from conventional physical business to an online business has various impacts,both positive and negative on buyers and traders.Thus,by using a mixed mode method which are qualitative and quantitative,this study identifies the effectiveness of using online application and the relative relationship of it generating business income. Questionnaires and observation were carried out around the state of Perak.While a comprehensive literature review is done based on literature from previous scholars who did studies on the same issue.Therefore,the preliminary findings of the study shows that online business and the application are able to help the community around the state of Perak to generate a satisfactory income.This study also offers suggestions to curb the weaknesses found in online business,for example by creating an online application that are more user-friendly as well as more effective cooperation between couriers.

Key Words: COVID19, Online Business, Conventional Physical Business, Perak, Malaysia

Published
2023-09-25
How to Cite
Pakianathan, A. M., Roslam, A. F., Wan Abdul Ghapar, W. R. G., & Sulaiman, M. S. (2023, September 25). Perniagaan Secara Atas Talian: Satu Kajian Perbandingan dengan Perniagaan Konvensional Secara Fizikal. Jurnal Wacana Sarjana, 7(4), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/553