Gambaran Umum Berkaitan Izin Bermaklumat dari Kaca Mata Etika Perubatan dan Undang-undang
An Overview of Informed Consent from the Lens of Medical Ethics and Law
Abstract
ABSTRAK
Setiap individu mempunyai hak untuk menentukan sama ada untuk menjalani sebarang prosedur perubatan atau tidak. Prinsip teras dalam etika perubatan ini dipanggil sebagai prinsip autonomi. Masalah timbul apabila berdepan dengan isu apabila keputusan yang ingin diputuskan sama ada ingin meneruskan atau tidak sesuatu rawatan perubatan. Objektif penulisan ini adalah mengenal pasti konsep izin bermaklumat dari kaca mata etika perubatan dan undang-undang. Selain itu, penulisan ini akan mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan berkaitan izin bermaklumat. Metodologi yang digunakan ialah kualitatif. Data dari sumber primer dan sekunder akan dirujuk dalam penulisan ini. Adalah didapati bahawa izin bermaklumat ini penting dalam konteks sama ada ingin meneruskan atau tidak sesuatu rawatan perubatan. Bukan itu sahaja, ia juga akan memberikan impak liabiliti undang-undang kepada doktor yang merawat sekiranya terdapat sesuatu pelanggaran yang timbul berkaitan izin bermaklumat seseorang pesakit.
Kata kunci: etika perubatan, keizinan, izin bermaklumat, pesakit, undang-undang.
ABSTRACT
Every individual has the right to decide whether to undergo any medical procedure or not. This core principle in medical ethics is called the principle of autonomy. Problems arise when faced with the issue when the decision to be made is whether to continue or not a medical treatment. The objective of this paper is to identify the concept of informed consent from the lens of medical ethics and law. In addition, this paper will suggest improvements that can be made related to informed consent. The methodology used is qualitative. Data from primary and secondary sources will be referred in this paper. It has been found that this informed consent is vital in the context of whether to proceed with a medical treatment or not. Not only that, but it will also give the impact of legal liability to the treating doctor if there is any violation that arises related to a patient’s informed consent.
Keywords: consent, informed consent, law, medical ethics, patient.