Struktur Komuniti Pokok Di Hutan Simpan Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor

Tree Community Structure And Diversity In Bangi Forest Reserve, The National University Of Malaysia (UKM), Bangi, Selangor

  • Nurin Adriany
  • Ahmad Fitri Zohari
  • Mohammad Khairul Faizi Zulkifli
  • 1Nur Aqilah Mustafa Bakray
Keywords: kepelbagaian, komuniti, kedinamikan, biojisim, Hutan Simpan Bangi

Abstract

ABSTRAK

Hutan hujan tropika adalah hutan yang paling luas dan salah satu ekosistem hutan yang paling kompleks di dunia. Hutan mengandungi kira-kira 662 bilion tan karbon yang disimpan sama ada dalam tanah atau tumbuh-tumbuhan. Kajian ini adalah untuk menilai struktur komuniti dan menganggarkan biojisim pokok di Hutan Simpan Bangi, UKM. Sebuah plot heksagon kekal yang berkeluasan 0.009 ha telah dibina dan semua pokok dibanci, direkodkan, dicamkan dan dianalisis. Sejumlah 142 individu yang tergolong di dalam  27 famili, 45 genus dan 55 spesies berjaya direkodkan. Kepadatan pokok di Hutan Simpan Bangi, UKM adalah sebanyak 14, 689 individu (indv) per ha yang disumbangkan oleh Annonaceae (2586 indv/ha) dan diikuti oleh Rubiaceae (2379 indv/ha) dan Myristicaceae (1034 indv/ha). Bagi kategori genus Xylopia dan Knema mempunyai kepadatan tertinggi masing-masing dengan nilai 2275 indv/ha dan 1034 indv/ha. Jumlah luas pangkal pokok dicatatkan sebanyak 8.13 m2/ha dan famili serta genus tertinggi adalah Thymelaeaceae dan Aquilaria (1.21 m2/ha). Nilai biojisim keseluruhan adalah 61.26 t/ha yang disumbangkan oleh biojisim atas tanah (AGB), 50.84 t/ha dan biojisim bawah tanah (BGB), 10.42 t/ha. Pengetahuan tentang struktur komuniti hutan adalah penting untuk mendapat gambaran status hutan tersebut untuk pengurusan hutan yang lestari.

 

Kata kunci: kepelbagaian, komuniti, kedinamikan, biojisim, Hutan Simpan Bangi

 

ABSTRACT 

Tropical rainforests are the largest forests and one of the most complex forest ecosystems in the world. The forest contains about 662 billion tonnes of carbon stored either in soil or vegetation. This study is to evaluate community structure and estimate the tree biomass in the Bangi Forest Reserve, UKM. A permanent hexagonal plot with an area of 0.009 ha were established, and all trees were counted, recorded, tagged, and analysed. A total of 142 individuals belonging to 27 families, 44 genera, and 55 species were recorded. The tree density in the Bangi Forest Reserve, UKM was 14,689 individuals per hectare (indv/ha), contributed by Annonaceae (2586 indv/ha), followed by Rubiaceae (2379 indv/ha), and Myristicaceae (1034 indv/ha). The genus Xylopia and Knema had the highest densities, with values of 2275 indv/ha and 1034 indv/ha, respectively. The total basal area was recorded as 8.13 m2/ha, with Thymelaeaceae and Aquilaria being the highest families and genera, respectively, with a value of 1.21 m2/ha. The overall biomass value was 61.26 t/ha, contributed by above-ground biomass (AGB), 50.84 t/ha, and below-ground biomass (BGB), 10.42 t/ha. Knowledge of forest community structure is important have a clear picture the forest status for sustainable forest management.

Keywords: diversity, community, dynamic, biomass, Bangi Forest Reserve

 

Published
2023-11-29
How to Cite
Adriany, N., Zohari, A. F., Zulkifli, M. K. F., & Mustafa Bakray 1Nur A. (2023, November 29). Struktur Komuniti Pokok Di Hutan Simpan Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 7(5), 1-9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/558