Kesahan dan Kebolehpercayaan Skala Ketagihan Makanan Yale 2.0 dalam kalangan Pelajar Wanita di Universiti Awam Malaysia

Validity and Reliability Yale Food Addiction Scale 2.0 among Female Student in Malaysia Public University

  • Nurul Asyiqin Rosli
  • Wan Shahrazad Wan Sulaiman
Keywords: Ketagihan Makanan, Kesahan, Kebolehpercayaan, Kelas Berat dan Pelajar Wanita

Abstract

ABSTRAK

Ketagihan makanan merupakan satu pola tingkahlaku yang tidak sihat berkait dengan makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan garam. Kebanyakkan kajian lepas di Malaysia yang mengukur ketagihan makanan adalah hanya berfokus kepada persekitaran klinikal sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar wanita dalam kategori awal dewasa juga boleh terdedah dengan ketagihan makanan yang berkait dengan kelas berat masing-masing. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti ciri-ciri dan kualiti instrumen Skala Ketagihan Makanan Yale (Yale Food Addiction Scale, YFAS) 2.0 versi Bahasa Melayu dan seterusnya melihat sama ada terdapat perbezaan atau tidak dalam kelas berat terhadap ketagihan makanan. Kajian ini menggunakan teknik persampelan mudah dengan sasaran sampel 350 orang pelajar wanita di Universiti Awam Malaysia. Kajian rintis telah dilaksanakan kepada 52 orang pelajar wanita dan keputusan kajian ini digunakan sebagai keputusan awal. Soal selidik diedarkan melalui platform atas talian untuk mencapai sasaran sampel kajian yang terdiri daripada pelajar wanita universiti awam di seluruh Malaysia. Kebolehpercayaan instrumen menunjukkan keputusan yang baik dengan nilai Cronbach Alfa bagi keseluruhan item adalah (a=.967). Manakala nilai kebolehpercayaan bahagi dua (p=.944). Korelasi antara item dan dimensi item menunjukkan julat nilai pekali daripada yang terendah dan signifikan (r= .566) kepada yang tertinggi dan signifikan  (r=.963). Manakala dengan keseluruhan item nilai pekali korelasi tertinggi dan signifikan adalah (r=.829) dan yang terendah dan signifikan (r=.421).  Kesahan serentak menunjukkan dimensi pengambilan bahan dan kriteria BMI mempunyai hubungan tertinggi dengan nilai r = .484 (p<0.01). Ujian ANOVA dijalankan dan mendapati perbezaan yang tidak signifikan dalam  ketagihan makanan dan kelas berat t(52)= 2.065, k>0.05. Berdasarkan kajian ini, instrumen skala ketagihan makanan Yale 2.0 didapati mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik.

Kata kunci: Ketagihan Makanan, Kesahan, Kebolehpercayaan, Kelas Berat dan Pelajar Wanita.

 

ABSTRACT

Food addiction is an unhealthy behavioral pattern related to the consumption of foods high in sugar, fat, and salt. Most previous studies in Malaysia that have assessed food addiction have focused only on clinical environments. However, young adult female students may also be exposed to food addiction related to their respective weight classes. The objective of this study is to examine the characteristics and quality of the Malay version of the Yale Food Addiction Scale (YFAS) 2.0 instrument and to determine if there were any differences in food addiction among weight classes. This study utilized a convenience sampling technique with a target sample of 350 female students from a public university in Malaysia. A pilot study was conducted with 52 female students, and the results of this study were used as preliminary findings. The questionnaire was distributed online to reach the targeted sample, which consisted of female university students across Malaysia. The reliability of the instrument showed good results, with a Cronbach's alpha value of (a=.967) for the overall items and a split-half reliability value of (p=.944). The correlation between the items and item dimensions showed a range of significant correlation values, from the lowest (r=.566) to the highest (r=.963). The highest and significant correlation value with the overall items was (r=.829), while the lowest and significant value was (r=.421). Concurrent validity showed that the intake dimension and BMI criteria had the highest relationship with a correlation value of r = .484 (p<0.01). ANOVA test was conducted and found no significant difference in food addiction among weight classes, t(52)= 2.065, p>0.05. Based on this study, the Yale Food Addiction Scale 2.0 instrument was found to have good reliability and validity.

Keywords: Food addiction, Validity, Reliability, Weight class and Female student

Published
2023-11-29
How to Cite
Rosli, N. A., & Wan Sulaiman, W. S. (2023, November 29). Kesahan dan Kebolehpercayaan Skala Ketagihan Makanan Yale 2.0 dalam kalangan Pelajar Wanita di Universiti Awam Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 7(5), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/559