Peranan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Anak-Anak Dalam Aktiviti Kesukanan

The Role Of Parents On Children’s Involvement In Sports Activities

  • Nurul Fathiah Azmy
  • Nur Hafizah Yusoff
Keywords: Ibu bapa, penglibatan ibu bapa, kepentingan penglibatan ibu bapa, sukan belia, sosiologi

Abstract

ABSTRAK

Artikel ini akan memfokuskan kepada peranan ibu bapa sebagai salah satu agen sosialisasi dalam pengalaman pendidikan sukan kanak-kanak. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan secara bukan kebarangkalian iaitu persampelan bertujuan yang memfokuskan responden daripada kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berlatih sukan badminton di pusat sukan. Pengkaji menetapkan seramai 74 orang responden untuk menjawab soal selidik berdasarkan kaedah sampel saiz Krejcie and Morgan. Responden-responden ini adalah terdiri daripada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka berlatih sukan badminton di pusat sukan Shahril Badminton Academy, Kuala Terengganu. Pengkaji ingin melihat faktor-faktor yang mempengaruhi ibu bapa untuk menggalakkan penglibatan anak-anak dalam menceburi bidang sukan. Antaranya ialah kebimbangan ibu bapa mengenai sifat sukan anak-anak yang berdaya saing, pengetahuan dan pengalaman sukan ibu bapa, keakraban emosi dan sebagainya lagi. Berikunya pula ialah mengenalpasti tahap pengetahuan ibu bapa tentang kepentingan sukan terhadap perkembangan anak-anak. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa kepentingan penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti kesukanan anak-anak. Antaranya ialah memberikan implikasi yang luas terhadap motivasi dan keseronokan kanak-kanak, sebagai model peranan yang berkuasa dan sebagainya lagi. Seterusnya ialah mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menggalakkan penglibatan anak-anak dalam aktiviti kesukanan. Teori Fungsionalisme digunakan untuk menghuraikan perbincangan dengan jelas dalam kajian ini. Berdasarkan teori ini, keluarga adalah mekanisme yang berfungsi dalam mengukuhkan ikatan dengan anak-anak dan membantu perkembangan mereka melalui sukan. Selain itu, ibu bapa yang memasyarakatkan anak-anak dengan menyediakan sokongan emosi dan praktikal untuk mereka serta menyediakan ahli dengan identiti sosial dalam diri mereka. Penggunaan teori ini adalah disebabkan ibu bapa adalah salah satu agen sosialisasi yang mempunyai peranan penting dalam perkembangan awal anak-anak.

Kata kunci : Ibu bapa, penglibatan ibu bapa, kepentingan penglibatan ibu bapa, sukan belia, sosiologi

 

ABSTRACT

This article will focus on the role of parents as one of the agents of socialization in children's sports education experience. The research design used is quantitative. This study uses a non-probability sampling method which is purposive sampling that focuses on respondents from among parents who have children who practice badminton at a sports center. The researcher set a total of 74 respondents to answer the questionnaire based on Krejcie and Morgan's sample size method. These respondents are made up of parents who send their children to practice badminton at the Shahril Badminton Academy sports center, Kuala Terengganu. The researcher wants to see the factors that influence parents to encourage children's involvement in sports. Among them are parents' concerns about the competitive nature of children's sports, parents' sports knowledge and experience, emotional closeness and so on. The purpose is to identify the level of parents' knowledge about the importance of sports in the development of children. The results of the study found that there is several importance of parental involvement in children's sports activities. Among them is giving broad implications for children's motivation and enjoyment, as a powerful role model and so on. Next is to identify the challenges faced by parents in encouraging children's involvement in sports activities. Functionalism theory is used to explain the discussion clearly in this study. Based on this theory, the family is a mechanism that works in strengthening bonds with children and helping their development through sports. In addition, it is parents who socialize with children by providing emotional and practical support for them and providing members with a social identity within themselves. The use of this theory is because parents are one of the socialization agents who have an important role in the early development of children.

Keywords: Parents, parental involvement, the importance of parental involvement, youth sports, sociology

 

Published
2023-11-29
How to Cite
Azmy, N. F., & Yusoff, N. H. (2023, November 29). Peranan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Anak-Anak Dalam Aktiviti Kesukanan. Jurnal Wacana Sarjana, 7(5), 1-18. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/560