Kebebasan Hak Asasi dalam Konteks Tahanan di Malaysia

Freedom of Human Rights in Context of Detainees in Malaysia

  • Nur Ainul Munazah Hassan
  • Sharifah Nursyahidah Syed Annuar
Keywords: kebebasan, hak asasi, kemanusiaan, tahanan, Peraturan Mandela

Abstract

ABSTRAK

Setiap manusia memiliki hak yang dapat mengangkat darjat dan nilai kemanusiaan selaras dengan fitrah asal mereka. Istilah ‘hak’ merujuk kepada hak individu. Walau bagaimanapun, hak dan kebebasan ini memiliki limitasi menerusi peruntukan undang-undang seperti hukuman atau penahanan. Oleh yang demikian, menerusi kajian ini, penelitian terhadap kebebasan hak asasi tahanan akan dikaji dalam konteks Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif meliputi dapatan dari temu bual dan penelitian terhadap laporan-laporan yang dikeluarkan oleh organisasi masyarakat sivil seperti SUHAKAM dan SUARAM. Lantaran itu, kerangka konseptual yang digunakan adalah konsep hak asasi manusia dan teori kontrak sosial menurut Immanuel Kant. Kajian ini akan menjelaskan kedudukan hak tahanan di Malaysia menerusi sejarah latar belakang dan prinsip asas yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Kajian ini juga menganalisis hak tahanan dalam konteks piawaian peraturan minimum dan sistem pemenjaraan di Malaysia menerusi Peraturan Nelson Mandela. Seterusnya, kajian ini menilai sejauh mana tahap pemerkasaan hak tahanan dari aspek keselamatan dan perundangan di Malaysia dengan perbandingan terhadap negara India dan United Kingdom. Hasil kajian mendapati tahap pemerkasaan dan pengimplementasian garis panduan yang disyorkan oleh PBB dalam memartabatkan hak asasi tahanan di Malaysia masih pada tahap kurang memuaskan. Hal ini kerana masih terdapat aduan dan laporan yang menunjukkan pengabaian dan penindasan masih berlaku ke atas tahanan saban tahun sehingga menyebabkan kematian. Kesimpulannya, setiap tahanan berhak menerima hak sebagai seorang manusia tanpa sebarang bentuk diskriminasi.

Kata kunci: kebebasan, hak asasi, kemanusiaan, tahanan, Peraturan Mandela

 

ABSTRACT

Every human being has the right, in accordance with their original nature, to enhance the level and value of humanity. The term 'rights' refers to individual rights. However, these rights and freedoms have limitations through legal provisions such as punishment or detention. Therefore, through this study, research on the freedom of detainees' fundamental rights will be studied in the context of Malaysia using descriptive qualitative methods covering findings from interviews and research on reports issued by civil society organisations such as SUHAKAM and SUARAM. Next, the conceptual framework used is the concept of human rights and social contract theory by Immanuel Kant. This study will explain the level of detention rights in Malaysia through the historical background and basic principles outlined by the United Nations (UN) based on the Universal Declaration of Human Rights. In addition, this paper also examines detainee rights in context of minimal rule standards and the Malaysian prison system via the Nelson Mandela Rules. This study also compare Malaysia to India and the United Kingdom in terms of the level of detainee rights empowerment from security and legal perspectives. According to the study's findings, Malaysia's degree of empowerment and execution of the UN principles for safeguarding detainees' basic rights remains less than sufficient. This is due to the fact that there are still complaints and reports indicating that inmates are subjected to negligence and oppression on a yearly basis, culminating in death. Finally, every detainee has the right to be treated as a human being without discrimination.

Keywords: freedom, human rights, humanity, detainee, Mandela Rules

Published
2023-11-29
How to Cite
Hassan, N. A. M., & Syed Annuar, S. N. (2023, November 29). Kebebasan Hak Asasi dalam Konteks Tahanan di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 7(5), 1-20. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/561