Kata Pinjaman Bahasa Semai Dalam Lagu Di Buku Teks Tahun Satu Tema 1: Analisis Atur Rumus Fonologi

Loanword of Semai Language in Year One Textbook Song in Theme 1: Analysis of Arrangement of Phonological Formulas

  • Mohd Afif Jazimin Mohd Asri
  • Siti Noraini Hamzah
Keywords: Orang Asli, Bahasa Semai, Kata Pinjaman, Fonologi Generatif, Atur Rumus

Abstract

ABSTRAK

Bahasa orang asli merupakan antara sebuah keunikan dalam bahasa di Malaysia. Ini kerana orang asli juga merupakan sebuah masyarakat peribumi di Malaysia tetapi mempunyai bahasa atau struktur yang berbeza daripada bahasa melayu standard. Kajian ini akan menjelaskan mengenai kata pinjaman dalam bahasa Semai: Analisis Atur Rumus Fonologi. Kajian ini secara keseluruhan melibatkan bidang pengkajian ilmu linguistik fonologi. Terdapat beberapa objektif yang telah disasarkan oleh pengkaji. Antaranya ialah untuk mengenal pasti golongan kata bagi kata pinjaman dalam lagu yang terdapat dalam buku teks bahasa Semai tahun satu tema 1. Seterusnya, pengkaji ingin menganalisis proses fonologi kata pinjaman dalam bahasa Semai dengan menggunakan teori Atur Rumus. Objektif yang terakhir, pengkaji ingin menghuraikan kepentingan variasi fonologi kata pinjaman yang digunakan oleh Orang Asli Semai kepada ilmu linguistik. Bagi melaksanakan kajian tersebut, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian. Antara kaedah yang telah digunakan ialah kajian kepustakaan, analisis deskriptif data lirik dalam lagu, pengkelasan data dan analisis generatif fonologi: atur rumus. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan apabila kata pinjaman dibawa masuk ke dalam bahasa Orang Asli Semai akan berlakunya perubahan proses fonologi. Hal ini kerana, perubahan proses fonologi ini secara tidak langsung dapat membantu penyerapan sesebuah bahasa itu ke dalam masyarakat Orang Asli Semai. Perkara ini, dapat memberikan impak yang baik terutama terhadap perkembangan bahasa di Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberikan sumbangan terhadap ilmu linguistik terutama bidang fonologi. Hal ini secara tidak langsung dapat memperluaskan aspek pengkajian terhadap kata pinjaman bahasa Orang Asli Semai.

Kata kunci: Orang Asli, Bahasa Semai, Kata Pinjaman, Fonologi Generatif, Atur Rumus

 

ABSTRACT

The indigenous language is one of the unique languages in Malaysia. This is because the indigenous people are also the community in Malaysia but have their own language or structure different from the standard Malay language. This study will explain loanwords in the Orang Asli Semai language. The research done is about loanwords in the Semai language: Analysis of Phonological Formulas. This study as a whole involves the study of phonological linguistics. There are several objectives that have been targeted by the researcher. Among the objectives is to identify the word class for loanwords in songs found in the Semai language textbook year one theme 1. Next objective, the researcher wants to analyze the phonological process of loanwords in the Semai language by using the Theory of Formulas. The last objective, the researcher wants to explain the importance of the phonological variation of loanwords used by the Orang Asli Semai to linguistics. To carry out the study, the researcher has used several research methods. Among the methods that have been used are bibliographic research, descriptive analysis of lyrical data in songs, data classification, and phonological generative analysis: arrange formulas. The findings of the study show that when loanwords are brought into the language of the Orang Asli Semai there will be a change in the phonological process. This change in the phonological process can indirectly help the absorption of a language into the Orang Asli Semai community. This matter can have a good impact, especially on the development of the language in Malaysia. Overall, this study has contributed to linguistics, especially in the field of phonology. This indirectly can expand the aspect of the study on loanwords of the Orang Asli Semai language.

Keywords: indigenous people, Semai language, loanword, Generative Phonology, set formulas

Published
2023-11-29
How to Cite
Mohd Asri, M. A. J., & Hamzah, S. N. (2023, November 29). Kata Pinjaman Bahasa Semai Dalam Lagu Di Buku Teks Tahun Satu Tema 1: Analisis Atur Rumus Fonologi. Jurnal Wacana Sarjana, 7(5), 1-17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/562