Impak Geopolitik Terhadap Pembangunan Ekonomi Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan

Impact Of Geopolitics On Economic Development In State Legislative Assembly Area Of Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan

  • Nur Ainisyafini Ab Rahim
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: pembangunan ekonomi, geopolitik, kemajuan rakyat, sektor ekonomi, pilihan politik

Abstract

ABSTRAK

Geopolitik mempunyai peranan dalam pembangunan ekonomi di Malaysia. Pembangunan ekonomi di sesebuah kawasan dikaitkan dengan kuasa politik yang memerintah di kawasan tersebut. Campur tangan politik sangat penting dalam kemajuan ekonomi dan masyarakat. Kestabilan politik adalah sangat penting kerana ini akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi. Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk mengkaji impak geopolitik terhadap pembangunan ekonomi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor yang terletak dalam Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data lapangan iaitu temu bual, soal selidik, pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman rakyat mengenai konsep geopolitik adalah rendah iaitu 26 peratus. Namun, ramai responden yang beranggapan bahawa pengetahuan konsep politik, geopolitik dan pembangunan ekonomi penting untuk kalangan masyarakat dengan 82 peratus. Jenis pembangunan ekonomi pula terdiri daripada ekonomi primer, sekunder dan tertier. Terdapat 60 peratus responden yang menyatakan bahawa sektor ekonomi sekunder merupakan sektor yang paling banyak disertai oleh masyarakat setempat. Hasil kajian mendapati bahawa rata-rata responden bersetuju bahawa kestabilan politik boleh mempengaruhi pembangunan ekonomi di sesebuah kawasan dengan 92 peratus. Kesimpulannya, kajian ini memberi kepentingan dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan, menambah data mengenai kajian politik dan sebagai sumber rujukan berkaitan politik dan ekonomi.

Kata kunci: pembangunan ekonomi, geopolitik, kemajuan rakyat, sektor ekonomi, pilihan politik

 

ABSTRACT

 

Geopolitics has a role in economic development in Malaysia. Economic development in an area is linked to the political power that rules in that area. Political intervention is very important in economic and social progress. Political stability is very important because this will affect economic development. The general objective of this study is to study the impact of geopolitics on economic development in the area of Panchor State Legislative Assembly  which is located in the Pengkalan Chepa Parliament, Kelantan. This study uses field data collection methods such as interviews, questionnaires, observations in the field and references to secondary sources. Data analysis is done through software the Statistical Package for Social Science (SPSS) Statistic version of 26. The results of the study show that the level of understanding amongst respondents about the concept of geopolitics is low at 26 percent. However, many respondents thought that knowledge of political concepts, geopolitics and economic development was important for the community with 82 percent. The type of economic development consists of primary, secondary and tertiary economy. There are 60 percent of respondents who stated that the secondary economic sector is the sector that the local community participates in the most. The results of the study found that the average respondent agreed that political stability can influence economic development in an area with 92 percent. In conclusion, this study is important in developing knowledge, adding data on political studies and as a reference source related to politics and economics.

Keywords: economic development, geopolitics, people's progress, economic sector, political choice

Published
2023-11-29
How to Cite
Ab Rahim, N. A., & Awang Besar, J. (2023, November 29). Impak Geopolitik Terhadap Pembangunan Ekonomi Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 7(5), 1-28. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/563