Lawatan Maya dalam Pengajaran Sejarah: Satu Tinjauan Awal

Virtual Field Trip in History Teaching: A Literature Review

  • Nurul Firzanah Abdul Karim
  • Khalijah Ahmad
  • Ahamad Jama’amin Yang
Keywords: lawatan maya, guru, digitalisasi pendidikan, sejarah, pengajaran

Abstract

ABSTRAK

Lawatan maya adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menghubungkan pengalaman pembelajaran luar bilik darjah kepada murid melalui teknik visualisasi komputer. Walaupun lawatan maya membantu menggambarkan kawasan dan peristiwa sejarah dengan lebih jelas serta membentuk dimensi pembelajaran yang lebih bermakna, namun pendedahan mengenai pelaksanaannya dalam kalangan guru-guru sejarah masih rendah. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji eksplorasi lawatan maya dalam pengajaran Sejarah sebagai satu bentuk pendedahan awal terhadap digitalisasi pendidikan Sejarah. Melalui reka bentuk kualitatif berdasarkan kajian literatur, artikel ini mengenalpasti kepentingan lawatan maya dalam pengajaran sejarah dan sumber resos lawatan maya yang sesuai diaplikasikan dalam subjek sejarah sebagai satu bentuk eksplorasi bagi pengajaran sejarah. Pengetahuan mengenai lawatan maya seterusnya membawa kepada penelitian terhadap amalan dan pelaksanaan lawatan maya dalam pengajaran sejarah untuk melihat keberkesanannya dalam mempengaruhi penguasaan kandungan sejarah. Malah kajian awal mendapati lawatan maya dilihat berupaya meningkatkan aspek afektif murid menerusi pengukuhan motivasi, minat dan penglibatan dalam sesi PdP. Bagaimanapun, pelaksanaan lawatan maya tanpa disokong oleh bahan sokongan lain tidak menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap keupayaannya mengukuhkan penguasaan kandungan mata pelajaran sejarah. Justeru, pendedahan yang diperolehi daripada tinjauan awal ini diharapkan dapat membantu guru meneroka strategi yang terbaik dalam mengaplikasikan lawatan maya supaya pemanfaatan lawatan maya dalam pengajaran Sejarah dapat diaplikasikan pada tahap yang maksimum bagi membentuk pengajaran sejarah yang lebih bermakna.

Kata Kunci: lawatan maya, guru, digitalisasi pendidikan, sejarah, pengajaran

  

ABSTRACT

Virtual field trip (VFT) is a teaching and learning method that connects learning experiences outside the classroom to students through computer visualization techniques. In history teaching, VFT helps to give a clearer picture of historical events or areas and creates a more meaningful dimension of historical learning. However, the exposure to their implementation among history teachers is still low. Hence, this article aims to study the exploration of VFT in History teaching as a form of exposure to the digitalization of education in History. Through the application of qualitative design based on integrative literature review as a method, this paper identifies the importance of VFT in History teaching and its resources that are compatible to be applied in the subject as a form of exploration for history teaching. The information about VFT further leads to research on the practice and implementation of it in History teaching to discover the effectiveness of VFT in the mastery of historical content. Preliminary studies found that this method can improve students’ affective aspects by strengthening motivation, interest, and involvement in PdP sessions. Even so, the application of VFT alone without being supported by other supporting materials does not show a significant relationship to strengthening content mastery of history subjects. Therefore, the exposure obtained from this preliminary research is expected to help teachers explore the best strategy for applying VFT in class so that VFT as one of the teaching methods can be integrated at the maximum level to create more meaningful history lessons.

Keywords: virtual field trip, teacher, education digitalization, history, teaching

 

Published
2023-11-29
How to Cite
Abdul Karim, N. F., Ahmad, K., & Yang, A. J. (2023, November 29). Lawatan Maya dalam Pengajaran Sejarah: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Wacana Sarjana, 7(5), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/565