Analisis Homofon, Homonim dan Homograf dalam Dialek Melayu Kelantan dan Bahasa Jepun dengan Menggunakan Analisis Kontrastif

Analysis of Homophones, Homonyms, and Homographs in the Kelantan Malay Dialect and Japanese Language Using Contrastive Analysis

  • Ahmad Mukhlis Zanala Abidin
  • Normalis Amzah
Keywords: dialek Melayu Kelantan, Bahasa Jepun, homofon, homonim, homograf

Abstract

ABSTRAK

Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri yang kaya dengan bahasanya. Manakala bahasa Jepun merupakan bahasa yang sangat unik. Pengkaji memilih dialek Melayu Kelantan (DMK) dan bahasa Jepun (BJ) untuk dibuat perbandingan dialektologi daripada sudut semantik. Bagi meneruskan usaha kajian berkaitan dialektologi khususnya DMK, pengkaji mengambil langkah alternatif dengan memberi fokus kepada analisis kontrastif antara DMK dan BJ supaya kajian ini  dapat dikembangkan. Kajian menyenaraikan persamaan antara DMK dan BJ dengan menggunakan analisis kontrastif, menyenaraikan perkataan yang boleh digolongkan sebagai homonim, homofon dan homograf. Seterusnya pengkaji menganalisis  makna perkataan yang tergolong sebagai homonim, homofon dan homograf tersebut di antara DMK dengan BJ dalam kalangan pelajar penutur natif DMK di UKM. Kajian ini menggunakan kajian lapangan dengan melakukan soal selidik dan temubual. Responden yang terlibat merupakan 3 orang penutur natif DMK yang pernah menetap di negara Jepun. Data kemudiannya disaring, ditranskripsi dan seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan analisis kontrastif. Selain itu, borang soal selidik diedarkan kepada 20 orang penutur natif DMK yang mempelajari BJ untuk membuktikan fenomena ini antara DMK dan BJ. Dapatan kajian menunjukkan bahawa DMK dan BJ mempunyai banyak persamaan daripada segi suku kata, sebutan dan terdiri daripada dua atau tiga suku kata. Kesimpulanya, persamaan yang wujud di antara DMK dan BJ menimbulkan fenomena tersebut. Hal ini dapat dibuktikan menerusi analisis kontrastif iaitu kajian perbandingan tentang dua bahasa atau lebih yang menitik beratkan pada ketidaksamaan namun tidak menafikan persamaanya. Implikasi fenomena ini terdiri daripada kesan positif dan negatif pengaruh bahasa pertama pelajar dalam proses mereka mempelajari bahasa asing iaitu BJ.

Kata kunci: dialek Melayu Kelantan, Bahasa Jepun, homofon, homonim, homograf

 

ABSTRACT

The Kelantan Malay dialect (KMD) and Japanese language (JP) were selected for a semantic dialectological comparison in this study, given the rich cultural and linguistic aspects of Kelantan Darul Naim and the uniqueness of the Japanese language. To further explore dialectology, specifically KMD, the researcher has taken an alternative approach by focusing on contrastive analysis between KMD and JP. The study lists the similarities between KMD and JP through contrastive analysis and identifies words that can be classified as homonyms, homophones, and homographs. Then, analyse the meanings of these words between KMD and JP among native KMD-speaking students at UKM. The study involved field research, including surveys and interviews, with three native KMD speakers who had experience living in Japan. The collected data underwent filtering, transcription, and analysis using a contrastive analysis approach. Subsequently, survey forms were distributed to 20 native KMD speakers who were studying JP to verify the occurrence of homophones, homonyms, and homograph phenomena. The study's findings reveal significant similarities between KMD and JP in terms of syllables and pronunciation, with both consisting of two or three syllables. Consequently, commonalities between KMD and JP lead to the presence of homophones, homonyms, and homographs in both languages. This can be supported through contrastive analysis, which is a comparative study of two or more languages that focuses on differences or dissimilarities between them while not denying their similarities. Its implications involve positive and negative effects on students' first language influence when learning a foreign language, specifically Japanese.

Keywords: Kelantan Malay dialect, Japanese language, homophones, homonyms, homographs.

Published
2024-02-08
How to Cite
Zanala Abidin, A. M., & Amzah, N. (2024, February 8). Analisis Homofon, Homonim dan Homograf dalam Dialek Melayu Kelantan dan Bahasa Jepun dengan Menggunakan Analisis Kontrastif. Jurnal Wacana Sarjana, 8(1), 1-21. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/569