Persepsi Masyarakat Malaysia Terhadap Pilihan Raya Umum Ke-15: Analisis Semantik Kognitif

Malaysian Public Perception Of The 15Th General Election: Cognitive Semantics Analysis

  • Azizah -
  • Siti Noraini Hamzah
Keywords: Twitter, semantik kognitif, pilihan raya, skema imej, persepsi

Abstract

ABSTRAK

Bahasa merupakan wadah penting dalam penyampaian maklumat kepada manusia. Hal ini demikian kerana bahasa menjadi medium kepada manusia untuk menyampaikan fikiran, menzahirkan permintaan, memberi arahan, berbincang, mengajukan soalan dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, penumpuan diberikan kepada persepsi masyarakat berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 melalui aplikasi Twitter. Kajian ini berobjektifkan untuk mengenal pasti metafora yang terlibat dalam twit Pilihan Raya Umum ke-15, menghuraikan metafora yang terlibat dan memetakan metafora kepada skema imej yang berkaitan. Data dalam kajian ini diambil daripada aplikasi Twitter dengan menggunakan fungsi carian. Sebanyak 72 twit telah dianalisis untuk melihat konsep yang wujud dalam minda masyarakat Malaysia yang berkaitan dengan politik semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Empat fasa yang berbeza diambil untuk melihat perubahan persepsi masyarakat Malaysia iaitu fasa sebelum PRU-15, fasa selepas PRU-15, fasa sebulan selepas kerajaan baru dibentuk dan fasa selepas Belanjawan 2023 dibentangkan. Kajian persepsi masyarakat ini dikaji dengan menggunakan Teori Semantik Kognitif. Hasil dapatan menunjukkan bahawa persepsi negatif lebih mendominasi berbanding persepsi positif. Twit yang berkaitan dengan kewangan pula menjadi isu utama yang dibincangkan dalam aplikasi Twitter kerana telah menyumbang kepada 31.94% daripada keseluruhan data. Kajian ini cuba untuk menggunakan teori linguistik bagi mengkaji persepsi masyarakat Malaysia secara umumnya. Secara keseluruhannya, penggunaan semantik kognitif dapat menunjukkan cara masyarakat Malaysia mengkonsepsikan sesebuah metafora berdasarkan sudut pandang politik.

Kata kunci: Twitter; semantik kognitif; pilihan raya; skema imej; persepsi.

 

ABSTRACT

Language is an important platform in the presentation of information to humans. This is  because language is a medium for people to convey thoughts, express demands, give directions. discuss, ask questions and so on. In the context of this study, the focus is given to public perception of the 15th General Election through the Twitter app. The study is objectified to identify the metaphors involved in the 15th General Election tweet, elaborate the metaphors involved and map metaphors to the relevant image schemes. The data in this study were taken from the Twitter app by using the search function. A total of 72 tweets were analysed to see the concepts that exist in the minds of Malaysians related to the politics during the 15th General Election. Four different phases are taken to see the change of perception of the Malaysian community which is the phase before GE-15, the phase after GE-15, the phase a month after the new government. and the phase after Budget 2023 is presented. This study of societal perception is studied using Cognitive Semantic Theory. The findings shows that negative perceptions are more predominant than positive perception. Financial-related tweets are the main issue discussed in the Twitter app as they account for 31.94% of the total data. This study attempted to use linguistic theory to study the perception of Malaysian society in general. Overall, the use of cognitive semantics can show how Malaysian society conceptualizes a metaphor based on a political point of view.

Keywords: Twitter; cognitive semantics; general election; image scheme; perception

Published
2024-02-08
How to Cite
-, A., & Hamzah, S. N. (2024, February 8). Persepsi Masyarakat Malaysia Terhadap Pilihan Raya Umum Ke-15: Analisis Semantik Kognitif. Jurnal Wacana Sarjana, 8(1), 1-23. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/570