Pengaruh Program Pembangunan Terhadap Pilihan Politik Pengundi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, Rantau Panjang, Kelantan

The Development Influence Program on the Political Choices of Voters in State Legislative Assembly Area of Chetok, Rantau Panjang, Kelantan

  • Siti Nur Ain Mohd Yazid
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: polemik, parti politik, rakyat, pembangunan, pilihan politik

Abstract

ABSTRAK

Politik di Malaysia seringkali menjadi polemik yang begitu hangat pada setiap kali menjelangnya pilihan raya umum (PRU). Kuasa pemilihan parti politik dalam memegang tampuk kerajaan adalah terletak kepada kuasa undi rakyat. Rakyat akan mengambil kira daripada pelbagai aspek dalam menentukan pengemudi yang akan memerintah negara serta membina kerajaan yang lebih baik. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengaruh program pembangunan terhadap pilihan politik pengundi di kawasan dewan undangan negeri (DUN) Chetok, Rantau Panjang, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik iaitu melibatkan 51 responden, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 76.5 peratus responden yang mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman yang jelas berkenaan konsep pembangunan di kawasan kajian. Dalam pada itu, persepsi politik responden berkenaan minat mereka terhadap politik adalah lebih kepada tidak berminat iaitu sebanyak 56.9 peratus namun hampir separuh responden yang meminati politik iaitu sebanyak 43.1 peratus. Seterusnya, 64.7 peratus responden yang menyokong bahawa program pembangunan yang dilakukan oleh pihak tertentu dapat menentukan pilihan politik di kawasan kajian. Namun begitu, segelintir responden iaitu sebanyak 13.7 peratus yang tidak menyokong berkenaan penentuan pilihan politik adalah disebabkan oleh program pembangunan malah 21.6 peratus responden yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Kesimpulannya, kajian ini begitu penting dalam menambah ilmu pengetahuan serta sekaligus dapat menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya. Kajian ini turut dapat menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.

 

Kata kunci: polemik, parti politik, rakyat, pembangunan, pilihan politik

  

ABSTRACT

Politics in Malaysia often becomes a hot polemic every time the general election (GE) approaches. The power of choosing a political party in holding the reins of government rests with the power of the people's vote. The people will take into account various aspects in determining the driver who will rule the country and build a better government. Thus, it is the purpose of writing this article to analyze the influence of development programs on the political choices of voters in the Chetok state assembly area, Rantau Panjang, Kelantan. This study uses a field data collection method that involves a questionnaire involving 51 respondents, interviews and observations in the field. Data analysis techniques were used using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 18.0. The results of the study found that 76.5 percent of respondents have a clear level of knowledge and understanding regarding the concept of development in the study area. In the meantime, the political perception of the respondents regarding their interest in politics is more than not interested which is 56.9 percent but almost half of the respondents are interested in politics which is 43.1 percent. Next, 64.7 percent of respondents supported that development programs carried out by certain parties can determine political choices in the study area. However, a small number of respondents, namely 13.7 percent who do not support the determination of political choice is due to the development program and even 21.6 percent of respondents who are not sure about the statement. In conclusion, this study is very important in adding knowledge as well as being able to add data related to the study of election politics. This study can also be a reference for political parties and the government so that they can examine the issues and problems that occur in order to be more sensitive in meeting the needs of the community as best as possible. 

Keywords: polemic, political parties, folk, development, political choice

 

Published
2024-02-08
How to Cite
Mohd Yazid, S. N. A., & Awang Besar, J. (2024, February 8). Pengaruh Program Pembangunan Terhadap Pilihan Politik Pengundi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, Rantau Panjang, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 8(1), 1-20. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/572