Meneroka Kesunyian Dan Keperluan Sokongan Emosi Ke Arah Kesejahteraan Hidup Warga Emas

Exploring Loneliness and Emotional Support Needs Towards the Well-Being of the Elderly

  • Noor Ayuni Shafni Ishak
  • Khadijah Alavi
Keywords: Warga emas, kesunyian, sokongan emosi, program komuniti, kesejahteraan hidup

Abstract

ABSTRAK 

Sebagai manusia biasa setiap daripada kita tidak akan terlepas dan akan melalui rasa kesunyian. Kebanyakan kajian menekankan bahawa warga emas adalah golongan yang sangat terdedah dengan risiko kesunyian disebabkan oleh perasaan kehilangan dan perubahan hidup. Oleh itu, kajian ini akan meneroka faktor kesunyian, keperluan sokongan emosi dan program komuniti untuk meningkatkan kesejahteraan hidup warga emas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Lima orang informan telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data temu bual dianalisis dengan menggunakan kaedah secara tematik dan hasil kajian juga menunjukkan warga emas sentiasa merasai kesunyian apabila berseorangan. Kebanyakan daripada mereka mengalami kesunyian disebabkan oleh anak-anak yang sibuk bekerja dan meninggalkan mereka seorang diri di rumah dan menyebabkan warga emas kurang berinteraksi bersama anak-anak sehingga menyebabkan mereka kurang mendapatkan sokongan emosi, malah hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan warga emas melibatkan diri dengan aktiviti bersama komuniti untuk mengelakkan perasaan sunyi. Kebanyakan informan juga mempunyai pandangan yang positif terhadap program-program yang dsediakan untuk warga emas di komuniti mereka. Implikasi kajian ini dapat memberi manfaat kepada pekerja sosial, kaunselor, penggubal polisi bertujuan kaunnseling, rawatan dan pembangunan komuniti.

Kata kunci: Warga emas, kesunyian, sokongan emosi, program komuniti, kesejahteraan hidup

 

ABSTRACT  

As ordinary human beings each of us will not be spared and will go through a sense of loneliness. Most studies emphasize that the elderly is particularly vulnerable with the risk of loneliness due to feelings of loss and life change. Therefore, this study will explore the factors of loneliness, the need for emotional support and community programs to improve the well-being of the elderly. The study was conducted using a qualitative method of semi-structured interviewing. Five informants were selected in this study using purposeful sampling techniques. The interview data was analysed using thematic methods and the results also showed that seniors always feel loneliness when alone. Many of them experience loneliness due to children being busy at work and leaving them alone at home and causing the elderly to interact less with their children, resulting in less emotional support, and even the results of the study found that most seniors engage in activities with the community to avoid feeling lonely. Most informants also have a positive view of the programmes provided for the elderly in their community. The implications of this study can benefit social workers, counselors, policymaker’s treatment and community development.

Keywords: Elderly, loneliness, emotional support, community programs, well-being

Published
2024-02-08
How to Cite
Ishak, N. A. S., & Alavi, K. (2024, February 8). Meneroka Kesunyian Dan Keperluan Sokongan Emosi Ke Arah Kesejahteraan Hidup Warga Emas. Jurnal Wacana Sarjana, 8(1), 1-11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/574