Gelagat Pengundi Dalam PRU-15 Di Kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang

Voter Behavior In GE-15 In Area Of Tanjung Lumpur State Legislative Assembly, Kuantan, Pahang

  • Nurul Arfah Rosli
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: tingkah laku politik, parti politik, calon, pilihan raya, kerajaan

Abstract

ABSTRAK 

Setiap individu mempunyai gelagat atau tingkah laku yang berbeza tidak kira bangsa, agama mahupun kawasan sama ada bandar atau luar bandar. Tingkah laku pengundian merupakan bidang yang menjadi pertimbangan pengundi dalam membuat keputusan sama ada hendak mengundi atau tidak dan juga calon yang hendak dipilih. Pengundi juga diberikan hak untuk bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam suatu pilihan raya. Justeru, tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk menganalisis gelagat pengundi dalam PRU-15 di kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kajian mengikut kesesuaian reka bentuk kajian iaitu melibatkan kaedah mengumpul data lapangan dan data berangka (data primer) serta kaedah mengumpul data sekunder. Antara kaedah mengumpul data primer ialah melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan manakala kaedah mengumpul data sekunder pula merangkumi kajian kepustakaan dan kajian atas talian. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati sumber maklumat yang paling dipercayai adalah media elektronik iaitu 36 peratus. Seterusnya 96 peratus responden menyatakan bahawa mereka mengundi dalam PRU 2022. Responden juga menyatakan bahawa faktor paling utama pengundi memilih Parti Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan kepimpinan PN yang bersih dengan 62 peratus, manakala faktor paling utama pengundi memilih Pakatan Harapan (PH) kerana kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (20 peratus). Seterusnya faktor paling utama pengundi memilih Barisan Nasional (BN) adalah kerana parti tersebut berpengalaman dalam mentadbir negara (18 peratus). Kemudian dari segi pilihan politik, 62 peratus responden menyatakan akan mengundi PN bagi kerusi DUN dan 58 peratus responden juga akan mengundi PN bagi kerusi Parlimen pada PRU akan datang. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat dalam bidang geografi politik di Malaysia sekali gus dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji lain bagi memperoleh maklumat mengenai geografi politik dalam negara ini.

Kata kunci: tingkah laku politik, parti politik, calon, pilihan raya, kerajaan

 

ABSTRACT

Every individual has a different behaviour, regardless of race, religion or area, whether urban or rural. Voting behaviour is an area that voters consider when deciding whether to vote or not and also which candidate to elect. Voters are also given the right to speak freely and express opinions in an election. Thus, the purpose of writing this paper work is to analyze voter behaviour in PRU-15 in the state legislative assembly area of Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. This study uses a research method according to the appropriateness of the study design, which involves the method of collecting field data and numerical data (primary data) as well as the method of collecting secondary data. Among the methods of collecting primary data is through questionnaires, interviews and observations in the field while the methods of collecting secondary data include library research and online research. Data analysis is done through software the Statistical Package for Social Sciences (SPSS). The results of the study found that the most reliable source of information is electronic media which is 36 percent. Next, 96 percent of respondents stated that they voted in the 2022 GE. Respondents also stated that the most important factor for voters to choose Parti Perikatan Nasional (PN) was due to the clean leadership of PN with 62 percent, while the most important factor for voters to choose Pakatan Harapan (PH) was because of the leadership Dato’ Seri Anwar Ibrahim (20 percent). Next, the most important factor for voters to choose Barisan Nasional (BN) is because the party has experience in governing the country (18 percent). Then in terms of political choice, 62 percent of respondents said they would vote for PN for the state seat and 58 percent of respondents would also vote for PN for the Parliamentary seat in the next GE. In conclusion, this study is important because it can introduce and give exposure to the public in the field of political geography in Malaysia and thus can be used as a reference for other researchers to obtain information about political geography in this country.

Keywords: political behaviour, political parties, candidates, elections, government

 

Published
2024-03-25
How to Cite
Rosli, N. A., & Awang Besar, J. (2024, March 25). Gelagat Pengundi Dalam PRU-15 Di Kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 8(2), 1-19. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/581