Impak Tingkah Laku Politik Terhadap Kesejahteraan Hidup Pengundi di Kawasan DUN Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan
Political Behavior Towards Voters’ Welfare in the State Legislative Assembly Area of Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan
Abstract
ABSTRAK
Politik di Malaysia kini boleh dianggap sebagai suatu fenomena yang “dramatik” sehinggakan keadaan ini menggambarkan wujudnya Tsunami Melayu 2.0 ekoran pelbagai peristiwa euforia politik yang berlaku terutamanya isu yang melibatkan tingkah laku politik. Tingkah laku politik rapat dengan faktor psikologi yang merupakan perkara asas terhadap kelakuan ruangan individu yang menekankan peranan kognitif dan faktor pembuat keputusan. Tingkah laku politik juga menjadi sandaran kepada bentuk tindakan seseorang terhadap aktiviti politik yang merangkumi persepsi atau pandangan; dan partisipasi atau penyertaan dalam aktiviti politik. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini ini untuk mengkaji impak tingkah laku politik terhadap kesejahteraan pengundi di kawasan DUN Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil kajian mendapati bahawa 72 peratus responden memilih media online/sosial sebagai sumber maklumat politik dan isu semasa utama mereka. Seterusnya, 33.8 peratus responden berpartisipasi secara mendengar ceramah politik. Hasil kajian juga mendapati bahawa impak tingkah laku politik terhadap kesejahteraan pengundi telah mengakibatkan sebanyak 100 peratus responden dapat memilih pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dan 11.7 peratus memilih pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah setempat, negeri dan negara yang baik. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.
Kata kunci: tingkah laku politik, partisipasi, persepsi, kesejahteraan hidup, pengundi, pilihan politik
ABSTRACT
Politics in Malaysia can now be considered as a "dramatic" phenomenon to the extent that this situation illustrates the existence of the Malay Tsunami 2.0 due to various events of political euphoria that occur especially issues involving political behavior. Political behavior is closely related to psychological factors where it is a basic matter of individual behavior that emphasizes the cognitive role and decision-making factors. Political behavior is also a backup to a person's form of action towards political activities that includes perception or views; and participation in political activities. Thus, it is the purpose of this paper work to examine the impact of political behavior on the well-being of voters in the area of State Legislative Assembly of Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan. This study uses field data collection methods that involve questionnaires, interviews and observations in the field. Data analysis is done through software the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 25.0. The results of the study found that 72 percent of respondents chose online/social media as their main source of political information and current issues. Next, 33.8 percent of respondents participated by listening to political talks. The results of the study also found that the impact of political behavior on the well-being of voters has resulted in as many as 100 percent of respondents being able to choose a good and responsible leader and 11.7 percent choosing a leader who can solve good local, state and national problems. In conclusion, this study is important because it can add knowledge, add data related to the study of election politics and hopefully become a reference for political parties and the government so that they can examine the issues and problems that occur in order to be more sensitive in meeting the needs of the community as best as possible.
Keywords: political behaviour, participation, perception, well-being, voters, political choices